Wednesday, December 31, 2008

High....Land


Semalam mak aku telefon..
Katanya,tahun baru nak naik cameron..
Ader Family day..
Dia tak sampai hati nak tinggalkan aku..
Aku pulak tidak memberi kata putus..
Masih lagi sedang memikirkannya..
Kat sini memang aku tiada aktiviti selain belajar...
Tapi Ipoh tu..Macam jauh je..
Aku dah tak lalu..
Lagipun,dah banyak kali aku pergi kesana..
Agak-agak korang..
Aku balik ke tak??


Pesananringkas:Minta2 tiada landslide kat atas sana..Amin

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah buat semua..

Hari ini aku sangat letih..Pagi tadi,ketika aku berada di ipoh..Hujan renyai-renyai..Cadang nak bertolak awal..Tapi tayar belakang dah botak..Cengkaman pun dah berkurang..Jalan pulak licin..Kalau aku careless sedikit,kemalangan pasti berlaku..Terpaksalah aku delay perjalanan aku selama sejam lebih..

Pagi tadi,ak bertolak dari Ipoh lebih kurang jam 11.20 dan sampai ke apartmen tepat jam 2.00..Masuk sahaja ke bilik..Baru aku teringat selipar aku tertinggal di rumah.. Astaga...Camner aku bley lupe..Tasilap aku,aku da mskkan sliper tu kedalam plastik.. Aku ingt lagi..Tertinggal di depan rumah la gamaknya..


Jadi,terpaksela aku bli selipar baru..Klu tak,takkan makan malam kat upten pon pki kasut..Nanti org ingt aku buang tebiat lak..Kat umah ader fik jer..Aku ajak dy g..Kebetulan dy nak cr kasut bru..So,3.30 aku ngan fik da begerak ke Alamanda..Letih pun ta ilang lg.. Cari punyer cari jumpe gak laa..Aku bli sliper murah je..Coz aku pki sliper tu tak lame..Still syg lg sliper kat umah..Next month balik kampung, aku mesti pakai sliper lame blk..Sayang betul aku kat sliper tuh..


Pastu,fik g cari kedai kasut..Dia da aim lame kedai tuu..Tapi time cari td..Kitorang tak jumpe kedai tu.. Last2 cancel cari coz perut dah lapar..Mata aku pun dah berpinar-pinar..Rase pedih semacam..Pas bli makanan,kitorang pon blk umah..


Pesananringkas=Jangan lupa,makan Examo banyak-banyak..

Friday, December 26, 2008

Dia sudah pandai TAG aku.

Kata-kata penghargaan....
-Terimakasih yang tidak terhingga kepada cik sheril kerana bersusahpayah mengetagged aku yang paling malas sekali tag orang lain..Sesiapa yang musykil dengan jawapan aku,anda bolehla meninggalkan segala persoalan disini...


You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  1. Aku lebih pendiam dari rakan-rakanku yang lain..Jangan tanya mengapa..
  2. Sentiasa berwajah serius,walaupun ketika rakan-rakanku cuba membuat lawak denganku..
  3. Mempunyai kebolehan luar biasa iaitu tidur awal dan bangun awal...
  4. Saat ini lebih meminati lagu-lagu dari band indie..
  5. Kerap memecahkan barang orang lain tanpa disengajakan sejak akhir-akhir ini... (Ini juga boleh dikira sebagai satu kebolehan luar biasa..)
  6. Time tengok citer seram..Aku lebih gemar menutup sebelah telinga...Tidak tahu mengapa..
  7. Teringin belajar shuffle dengan haikal..Tapi dia malu-malu nak ajar...Aper kes???

those who've been tagged :

Kali ini tiba-tiba aku terajin tag orang lain...Namanya seperti dibawah..=]

  1. Hafiz
  2. Fikri
  3. Fadzli
  4. Haikal
  5. Nazemy
  6. Pea-pah
  7. Lanina

Pesananringkas:selesai sudaa tag ini..

Thursday, December 25, 2008

Silly Lily-Bunkface

Sila dengar lagu ni..Tapi jangan nyanyi kuat-kuat tahu...





Pesananringkas:Ini bukan video clip original..Aku ambil hanya kerana video clip ini ada liriknya..Itu saja..

TAG kelima..

Semalam Fadzli roomate kpd Hafiz telah pun mengetagged aku..Jadi untuk memenuhi segala permintaan beliau..So,ak akan jawab TAG nie dgn selamber...Jika ada sesiapa yang ingin memberi TAG yg sama kepadaku..Inilah jawapannya..Datang dari hati yang terdalam.. Terima kasih..^^


1.Anda rasa anda hot?
Ikut cuaca..
Kalau cuaca panas aku pasti hot..

Ikut situasi..
Kalau situasi tidak menyenangkan..Ianya juga boleh membuatkan aku hot..

Ikut makanan..
Jika makanan itu masih panas..Lalu ku telan..Lidah aku pasti akan terasa hot..

Kesimpulan:Apa itu HOT haa??Aku tidak dapat menafsirnya dgn jelas..=]



2.Upload gambar kegemaran anda.




3.Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab aku tidaklah tidak suka akan gambar ini..Paham tak???

4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Cuti raya haji yg lepas..Tatkala adik kecilku merengek minta dibelikan pizza.. Merasa lah aku Italian-Japanese Pizza..Sekarang sudah ada Thai-Moroccan Pizza.. Siapa mahu belanja aku??Pizza Hut dekat sahaja..=]
5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
Silly Lily by Bunkface..(Maaf kpd yg sesiapa yg bernama Lily..)

6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Bermain game ragnarok online..Best tau..

7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Err,yang saya suka sahaja kan??
sila panggil saya ehsansniper...

8.Tag lagi 5 orang
  1. Aku
  2. sudah
  3. malas
  4. TAG
  5. orang


9.Siapa orang nombor satu?
Penulis blog yang malas TAG orang lain...

10.Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
Nombor tiga bukan orang..Cuma satu sikap yang negatif..

11.Katakan sesuatu berkenaan orang nombor lima.
Orang nombor lima adalah sesiapa sahaja..Jadi,gaya anda akan memberi jawapan kepada soalan ini..

12.Bagaimana pula orang nombor 4?
Ianya bukan manusia..Aku tak pasti jika ada orang yang bernama seperti itu..Bunyinya pasti aneh..

13.Siapakah orang nombor dua?
Dia menetap diantara aku dan malas...

Wednesday, December 24, 2008

Patah...Patah hati..


Barang yang wajib dibawa kemana-mana sahaja..

Asal haa??Aku baru saja bercadang ingin membeli contact lens..Ia sudahpun mematahkan dirinya..Satu nikmat tuhan baru saja ditarik..Iaitu melihat dengan jelas..Aku termangu sendirian...Merenung nasib aku yang tidak menentu..



Pesananringkas:Dalam dilemma.Tension sgt2..

Movie Preview-Histeria



Semalam kami sudah merancang untuk pergi menonton wayang selepas solat maghrib..Cerita histeria...Aku dapat mengagak cerita ini mungkin menarik kerana Liyana Jasmay turut berlakon dalam cerita ini..Jadi lebih kurang jam 8.00 malam kami pun bergerak ke Alamanda.Sampai sahaja disana,kelihatan banyak kereta berusu-pusu mencari tempat parking..Parking lot mmg penuh sesak..Dah macam Rock Of The World 8 berlangsung di Alamanda..Lebih kurang setengah jam kami berpusing-pusing mencari parking..Dari bawah sampai atas..Dari atas sampai bawah..Sampaikan kami cuba follow org yg sedang berjalan ke kenderaan mereka dgn harapan mereka akan meninggalkan Alamanda dengan secepat mungkin..Tak lama kemudian mangsa yang ditunggu sudahpun muncul..Naz sebagai driver telah melakukan tugas dgn baik..Mangsa akhirnya memasuki kenderaannya dan segera meninggalkan tempat tersebut..Lalu kami parking disitu..

Kemudian,kami bergegas ke panggung wayang untuk mendapatkan tiket..Setelah mendapatkan tiket masih ada sejam 10 minit masa terluang kerana cerita bermula pada jam 10.20.. Lebih baik kami makan malam terlebih dahulu..Selepas makan..Kami pun memasuki panggung wayang..


Actually,cerita ini memang menarik untuk ditonton..Ianya mengisahkan enam orang pelajar perempuan yang bermasalah..Seringkali menyusahkan guru-guru..Sampaikan mereka didenda dan dikenakan tahanan di sekolah selama 3 hari..Dalam masa 3 hari itu, bermacam-macam peristiwa telah berlaku..Semua terbunuh kecuali Murni lakonan Liyana Jasmay..Cara pembunuhan amatla mengerikan..Nak tahu lebih lanjut..Sila pergi ke panggung wayang berdekatan..Siapa lagi yang nak tgk filem melayu kalau bukan kite sendiri..


Ni Alissa...Ketua Pink Ladies..Paling last mati..Ngeri kot...




Pesananringkas:Filem ini berjaya membuatkan aku terkejut beberapa kali..Bukan senang tau..Rugi la kalau ta tengok..Lagi hebat dari Filem Jangan Pandang Belakang..

Pga Tour..


Setelah beberapa lama menjalani latihan teori...Semalam barulah kami dapat bermain golf dgn gembira..Oleh kerana kelas bermula pada pukul 4.00 petang,kami pun pergi ke driving range tepat pada waktunya..Tapi kamu tahula kan..Lecturer aku tu ader masalah sikit dengan jam..Pukul 5 baru dia sampai..Tiada langsung perasaan bersalah terpampang pada riak wajahnya..Tapi oleh kerana semangat ingin bermain golf masih menebal di dalam diri ini,kami cuba abaikan perasaan marah itu..Aksi dimulakan dgn mencangkul padang golf..Aktiviti yang aneh,pelik dan juga memenatkan.. Tapi semua pelajar melakukannya tanpa banyak soal..Setelah lebih kurang setengah jam..Barulah kami diberi bola..Bilangannya terlalu banyak..Bola dah macam token kat tempat game..Bersungguh-sungguh kami berlatih cara memukul bola dengan betul..Ade bola yang swing,ada bola yang leret sahaja,ade bola yang terbang cantik..Berbagai jenis teknik pukulan yang kami gunakan..Yang paling kelakar bila haikal pukul bola tetapi terkena bumbung di atas kepalanya.Memang funny..Aksi yang paling janggal pernah aku jumpe..Tapi bile dia bermain bersungguh-sungguh,mungkin boleh mengalahkan tiger woods yang sudah berumur 75 tahun..Ini kerana En.Picang dah menurunkan ilmunya kepada haikal..Setelah stok simpanan bola habis..Kami terpaksa mengutip bola sendiri kerana pengutip bola yang bekerja disitu sudah mati terkena histeria..Aku tak bawa kamera..Nasib baik naz sanggup menaja handfonnya yang berkamera..Fikri pula sebagai jurugambar..



Fadzli...


Hafiz...


Haikal...


Nazemy...


Penulis Blog...


Fikri...


Bola golf dikutip oleh bakal-bakal kedi..(maaf semua..Joke only..)XD

Sunday, December 21, 2008

Ronda-ronda Kuala Lumpur.



Beberapa hari yang lalu aku ada terima panggilan..Daripada kenalan jauhku.. Dia cakap baju yang aku tempah da siap..Waa,rase macam seronok je..Tapi masalahnya.Kene amek by hand.Aku dah la tatau jalan2 kat kl ni..Setelah beberapa kali berbalas-balas sms dgn beliau..Kata putus telahpun disepakati..Semalam beliau menyuruhku menunggu di dataran Merdeka jam 10pg..Lalu aku merancang perjalananku..Nasib baik ader pemandu pelancong..Takdela aku sesat.. Hehe.. Aku ajak member aku farouk follow..Dia tahu selok belok KL2 cosanostra nih..Oleh sebab farouk ta bg tau aku berapa jauh perjalanan tersebut..Jadi aku membuat perkiraan sendiri.Aku merancang akan bertolak sejam lbh awal..


Setelah bersiap-siap pg td..Kami pun bergeraklah lbh krng jam 9.10..Terlambat sikit..Pastu g isi minyak.Farouk plak berenti kat BP..Minyak dy kering kot.. Haha,first time mutur aku telan minyak BP..Rase sian plak kat beliau..Time isi td aku syahdu..Wakaka..Pastu kami meneruskan perjalanan..Setelah beberapa ketika sampaila kami di depan bangunan abdul samad..Aku tgk jam..9.35 pg..Tadelah jauh sgt..sengah jam da sampai..Lastly,aku ngan farouk tnggu kat dpn bangunan abdul samad..Org tak ramai plak arinie.Lepak2 jap sambil tunggu dealer sampai..Ta lame kemudian..Aku dapat msg yg dealer br bgn pg.. Aku ta kisah sgt..Coz inilah kali kedua dalam hidup aku g dataran merdeka..First time aku g time rombongan darjah enam..Haha, hebat tak aku..Slalu tgk dalam tb je..Pastu aku snap r beberapa keping gambar untuk tatapan umum..
Sila klik pada gambar untuk proses percambahan..Lebih besar dan jelas..


Langit cerah..
Cantik.



Td aku da rancang nak naik atas..Tapi takut kene tngkap plak..Huhu..


Bangunan nie dah condong..=]


Macam photographer la plak kan..



Aku snap pic..Farouk jage motor..Parking VVIP tuh.Haha..

Time snap..Aku nyanyi lagu negaraku..XD



Sarkastik..



Cantik tak design??Aku tempah kat forum ini..


Pesananringkas:Lepas amek bj tros blk..Sila abaikan tarikh di pic..Kamera aku mmg begitu..

Saturday, December 20, 2008

Lagu rakyat remix...

Sedang aku asyik mencari lagu2 baru didalam enjin carian youtube..Terjumpa pula satu lagu rakyat yang agak popular..Setau aku,nie lagu org nogori 9..Aku suke lagu nih..Kire not bad laa..Iramanya mengasyikkan..Tapi yg nie versi remix punyer..Sape yg ta ske rock2,lebih baik jgn dgr..Ibu2 mengandung pun jangan dengar..Aku risau terjadi paper jer..Becoz rock sgt...



Apo Kono Eh Jang (...




Pesananringkas:aku orng kampung..Mane layan lagu bahasa penjajah..Haha..XD
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur