Saturday, February 27, 2010

Because my life stops in front of you.

If it is not in this world,
Then in the next world I won’t know either
That I’d be free from this hardship if I were born again
I will be waiting here, waiting for you
I love you, that is my entire reason for living
Remember, in that final moment
Yours will be the only name that I am calling.

Thursday, February 4, 2010

Handphone, bukan Iphone.

Sambungan daripada cerita tentang masa depan dalam episod sebelum ni. Aku pun tanpa syak dan wasangka terus capai kunci motor. Hajat dihati memang nak berkunjung ke mines. Nak settlekan semua masalah sebelum ianya berlarutan..







Sampai2 je kat mines. Aku terus jalan sambil buat muka garang. Brader brader yang kerja dekat The Chicken Rice Shop pun tak berani langsung nak promote nasi ayam mereka macam selalu. Takut kene cekik gamaknya.. Sasaran pertama aku ialah ke kedai handset..Dalam perjalanan ke kedai handset. Aku terpaksa naik escalator sebab kat mines tiada tangga. Sambil2 tu sempat la jugak jeling kiri kanan. Mana la tahu kalau ade orang nak ragut ke, orang nak kidnap ke. Bolehlah jugak aku pasang kekuda awal-awal.. Diorang bukan tahu aku ada judo peringkat tertinggi..
Suasana kat sana memang sunyi sepi, Senyap.. Dah macam cerita The Carriers..Tiba-tiba...




***















Notakaki: Aku pegi repair handset dgn buat lenses baru je la.. Bukan ade pape pon..

Tuesday, February 2, 2010

Masalah itu wujud untuk diselesaikan-Mr Zaliman(Lecturer SAD aku)

Asal time aku nak update blog je tiba-tiba rasa malas. Tiba-tiba rasa mengantuk.Tiba-tiba rasa macam nak main ping pong. Tiba-tiba rasa kebas tangan. Tiba-tiba rasa pening. Tiba-tiba rasa macam nak main farmville.(Okay, yang ini tipu.)


Semalam memang hari yang paling aku down. Macam-macam problem. Handphone rosak, komputer kene virus lah.. Dengan assignment x siap lagi. Dah la spek aku tak power macam dulu.(Ke aku yang bertambah rabun?) Rasa macam tension giler.. Tu baru dua tiga problem. Belum lagi future problem macam isu maintenance motor..Isu cuti tahun baru cina.. Isu duit dalam bank dah tinggal sikit..Isu perasaan.. Isu rooney dan rakan-rakannya yang cemerlang..Isu si terry main-kayu-tiga. Isu aim nak buat blog.. Isu facebook.. Isu minyak bakal naik..Isu matb matb matb dah tertinggal dua bab..Isu makan nasi lemak tak habis.. Isu karipap cinta.. Isu panda terbang dan sebagainya.Aku kalau tension memang perangai pelik sikit..Duduk diam diam sorang-sorang.. Lepastu semalam terpaksa tak pegi satu kelas sebab rasa macam tak sedap hati..(Sebenarnya nak escape dua kelas,tapi kelas satu lagi tu cancel.Nasib baik.)


Sampai sampai je rumah macam biasala, bukak winamp ejas sound yang paling cun lepastu bukak pulak mozilla taip facebook lebih kurang dan masukkan password sambil tutup mata. Kemudian tunggu dia loading sampai keluar satu page baru yang tertulis Incorrect password. Time tu barulah tulis password dengan ejaan yang betul dan kemas. Okay password dah betul.Baru je nak tulis kat ruangan What's on your mind dekat home..Paaaap!! Mozilla cannot responding. " Sh*t!! Argh, problem lah nie, kene format balik.. B*bi benar." aku cakap dalam hati. And then tiba-tiba pc terpadam.. Aku tampar sayang kat lcd sambil merenenung masa depan.. Lepastu, aku pandang handphone aku yang dah rosak sambil merenung masa depan.. Aku merenung masa depan dengan kaca mata yang dah rabun.. Bersambung..
***

Sunday, January 31, 2010

Meh sini pillow fight.

Dalam hidup aku seriously tak pernah ade sorang pon perempuan mau pillow fight dengan aku.
Dah la segala macam bantal dia guna.. Tak termasuk bantal busuk lagi. Tapi nasib baiklah aku tak balas balik pillow fight diorang..

Bukan ape, taknak la diorang maki aku sebab profile diorang penuh dengan notification pillow fight.


Macam yang aku kene.. wtf!

Monday, January 11, 2010

AJL ke-24

Hujan.


Yuna.


Yuna best.Yuna best.Yuna best..



Aizat.


Faizal Tahir.


Search.Yang ini legend.. Satu stadium histeria.



Tahun depan nak pergi lagi.zZzZzZz

Friday, January 1, 2010

It just another day.

Tua kan bumi ni. Dah mencecah dua millenium satu dekad.. Orang cakap dunia dah akhir zaman. Tapi orang filem cakap, kiamat dua tahun lagi.. Gila!! Aku baru grad la mase tu. Kerja pun belum ada.Ok, lupakan.~~

2009
Kalau ikutkan, memang banyak gila-khinzir kenangan pahit manis dalam tahun 2009. Macam-macam perkara yang berlaku.. Macam-macam benda kita belajar. Makin lama kita hidup, makin banyak benda baru yang kita tahu. Berbagai ragam manusia yang kita jumpa. Dan semua ni kita jadikan pengajaran. Untuk menjadikan hari-hari yang mendatang lebih manis dari hari-hari yang berlalu.. Pada pendapat aku, tahun dua ribu sembilan ni tahun yang paling mencabar dalam hidup aku.Sampaikan aku rasa aku memang dah banyak gila berubah. Bila jumpa schoolmates je, semua cakap aku dah lain sekarang ni. Suka gila aku dengar.Sebab itu bermaksud aku dah benar-benar berubah.

Cerita semalam.
Malam semalam memang agak tension jugak la. Bukan ape, ade plak kelas kaunseling dari pukul lapan sampai sepuluh malam. Habis kelas je memang rasa lapar pulak kan. Pergi la makan dengan Fik ngan Aim.Lepastu Cha call. Ajak pergi celebrate New Year dekat Bukit Belacan. Ramai jugak la yang pergi.Dalam tiga kereta.Gerak dalam pukul sebelas suku dari uniten. Memang tak lah kan dapat tengok bunga api dari atas bukit.Pergi pun dah lambat. Nasib baik dapat tengok bunga api walaupun dalam kereta. Show dalam ten minutes lebih kurang. Memang terbaik. Lepastu dapat call yang jalan ke bukit belacan dah ditutup. Lepak plak NZ curry house. Makan-makan lagi. Lepastu gerak pergi ronda2 dekat area klcc bukit bintang. Orang bersepah. Ramai gila. Masa tu dalam pukul tiga jugakla. Sampai kat satu jalan ni. Ada sorang mamat melayu bawak ferrari.Umur dalam dua puluh lebih. Memang style. Masa tu traffic jam, kereta dia betul2 dekat sebelah. Kiri kanan orang pandang. Sampaikan ade sebiji kenari tu, awek semua pandang. Mamat tu dah senyum-senyum. Kembang kot. Lepastu lepak kejap tepi jalan dekat jalan bukit bintang. Saje tengok orang lalu lalang. Dalam pukul empat lebih gerak balik uniten.

Fik,aim,lily,mia,haikal,naz,peas,dud..selamat tahun baru..Kau orang dah besar kan.. :)

Monday, December 28, 2009

Terimaa ka..

Kau datang sekejap sahaja kan..Terimakasih..

Friday, December 18, 2009

Malaysia bukan adik adik lagi.

Selamat pagi semua.. Gua sekarang berada di Vientiane - Wattay Airpot dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah menyaksikan perlawanan diantara Malaysia dengan Vietnam.

Dalam kesempatan ini, gua ingin mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol vietnam iaitu Bui Tan Truong (gua ingat bahu lu dah patah dah..) dalam membantu Malaysia mendapatkan pingat emas setelah menunggu hampir dua puluh tahun..Manakala vietnam yang belum pernah meraih pingat emas di Sukan Sea setelah mara ke final beberapa kali bersedia untuk menunggu sukan sea yang akan datang dan mungkin bersedia untuk kalah lagi..
Tahniah Malaysia!! Tahniah Aidil Zafuan!! Tak sia-sia lu kahwin lari dengan artis..Tahniah Bui Tan Truong!! Majulah sukan untuk negara!!!



Gua terserempak Bui Tan Truong mase kat airport..Gembira betul mamat nie..Flight balik mesia plak tu.Gua syak mamat nie takut kene pukul kat vietnam.Dapat plak seat seblah gua.. Mampos gua nak cakap vietnam.. Sawadikap gua retila..


Aidil Zafuan bersama anaknya yang agak player..




Pesananringkas:Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah.Semoga tahun baru anda lebih bermakna :)


Wednesday, December 16, 2009

Holi holi holiday..

Sekarang nie, gua berada didalam bilik gua..Sejuuuk..Rasa macam musim salji sedang melanda malaysia..Tidur memang best..Best sangat sangat..Nasib baik hari ni, gua cuti. Bukan sebab kelas cancel ke ape.. Tapi memang dalam meja masa gua hari ni tiada klas.. Memang seronok la sem nie..Kelas cuma tiga hari dalam seminggu.. Tp memang pack la.. Dah macam six packs da gua tengok!!

Gua tiada perancangan apa-apa lagi hari nie.. Tapi tidur memang merupakan satu pelan jangka masa pendek yang sungguh menyeronokkan dan menyihatkan..So paham paham la.. Good morning and sweet dream!!

Monday, December 14, 2009

Meteor..

Gua punya blog dah semakin sihat.. Tak sia-sia gua bawak jumpa doktor pakar.. Sekarang nie pun tgh sibuk setting sana sini.. Tak setel-setel lagi.. Nak cakap azam baru buat blog cantik-cantik.. Tahun baru bukannye esok.. Tapii, salah satu sebab..Mungkin gua dah berubah barangkali.. Dah x mcm dulu.. Gua sendiri pun tak pasti kenapa.. Biarlah.. Malas nak pikir..

Malam nie, jom tengok meteor geminid jatuh..Dalam bahasa lainnya, ta-alif yik, bintang..Kalau malam kelam.. Langit pula tidak dilindungi awan.. Bulan hilang dalam kegelapan.. Lu orang memang makhluk paling bertuah..Lupakan saja segala macam permintaan pelik-pelik yang lu orang hajatkan..Cuma satu, nikmatilah keindahan salah satu ciptaan tuhan ini sepuas-puasnya..


 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur