Tuesday, June 22, 2010

Oreo

Lama gila ta update. Alang-alang tunggu Spain main, baik update blog..


Dah macam lemang dah aku tengok.




Dari zaman sekolah aku suke makan Oreo. Tapi aku blom gila lagi untuk telan oreo yang ini.



Beritabola-boli:Portugal menang 7-0 memang terbaik..

Saturday, June 19, 2010

Apa cerita Piala Dunia?

Update Piala Dunia. Benua Eropah main teruk.


Spain kalah kepada Switzerland 0-1
France kalah kepada Mexico 0-2
German kalah kepada Serbia 0-1
England seri dengan Algeria 0-0


Apa cerita abg Villa, abg Ribery, abg Klose dan abg Lampard? Sihat?




Thursday, June 17, 2010

Vuvuzela

Bila besar nanti yang kiri nak jadi Evra, yang kanan nak jadi Sagna, yang tengah nak jadi Kassim Selamat.





Mana nak beli vuvuzela ni? Bulan puasa tak lama je lagi. Guna untuk bangun sahur pun orait jugak. Kena pulak sebilik dengan orang yang susah bangun sahur. Pergh, memang boleh berdarah telinga. Silap hari bulan, pagi aidilfitri dah tak boleh dengar Takbir Raya. Aku rasa orang Afrika tak korek telinga kot sebab tu rileks je.




Beritabola: Semalam Sepanyol kalah. Aku rasa ramai tahi judi yang muflis malam semalam. Kah3, padan muka.

Wednesday, June 16, 2010

Broga Hill.^#$%@

Keh3, bila tengok balik gamba kat Broga banyak jugak yang lawa. Tapi kali ni upload yang paling lawa punye. Tade juai punye.Carila kat Tesco sampai mampos pun x jumpe. Actually ada 3 orang lagi yang tertinggal tak sempat masuk gambar.Kesian orang tu.


3 jejaka pingitan.Yang kanan dah ada orang punya.





Nazemy
Alaa, naz. Comelnye yang kat belakang tu.. Haha..





Lily
Kau gigit jari buat ape lili? Lapo?





Tutup muka mana nampak. Sape kau?
Alahai, nak terjun pun malu-malu.


Beritabola: Pergh, hebat juga Korea Utara. Striker pun boleh jadi goalkeeper. Klik sini.Kalau menang Piala Dunia, aku sanggup botakkan janggut aku.

Cristiano Ronaldo.


Cristiano kalau tak main bola, dia mungkin jadi pelawak.



Lepas game portugal vs *%$# Ivoire, aku terus capai henset call Cristiano Ronaldo. Tapi tak angkat. Lepas lima minit dia hantar mesej. ' Ehsan, s0Wi eh taDi kiTew sakeT kAki. TakLeh Nak Score. Sowii eh..' Terkejut aku, macam anak dara baru kenal henset pun ada gaya dia reply. Aku balas, 'Next game kalau tak score, aku tarik subang berlian kau buat cincin kahwin aku.' Lepastu dia call balik tapi aku tak angkat sambil pura-pura tidur.


Notakaki:Ada banyak lagi gambau kat Broga blom upload.Leklu, kasi panas lu baru upload.Korang sabar dulu k.Pegi buat bende lain makan roti ke, main psp ke, tolong mak masak pun orait jugak. Saje nak kasi surprise sikit. Bhahaha.. Lepas ni game Brazil menentang pasukan misterius iaitu Korea Utara. annyeonghi jumuseyo! ► selamat malam

Tuesday, June 15, 2010

Broga Hill.hdr


Ohayo, seronok gila cuti.Banyak benda boleh buat.Dah la skarang musim Piala Dunia. Best oo, pat taun skali je kot. Perlawanan malam tadi Jepun menang 1-0 keatas Cameroon. Keisuke Honda yang score. Dengar cerita ayah dia la yang buat prototaip model Honda EX5. Tapi aku rasa itu khabar angin je. Jangan panik.


Okay, hari tu aku kan dah janji nak upload gambar masa kat atas Broga Hill. Korang tengoklah. Terbaik kot. Tapi kali ni gambar dalam versi HDR. Credit to Mrs. Fik. Lawa gamba-gamba yang ekau edit yawww.

Siapa yang tak tahu HDR boleh shut down komputer dan campak komputer tu melalui tingkap rumah korang secara perlahan-lahan. Baca bismillah jangan lupa.


Apis dan kaki Naz.



Haikal ternampak sesuatu!




Oh my Gucci. Fik tengah poop her berry.



Masa kat atas. Aku masih lagi terkejut tentang peristiwa bersejarah tadi.






Aim bercadang untuk terus menetap di sana tapi ditentang keras oleh rakan-rakan yang lain.




Dud mewasiatkan separuh roti gardenia sebelum dia terjun ke bawah.





Broga Hill



Hafiz pantas menuruni lereng-lereng curam kerana ada "bunga" di depan.





Notakaki: Kalau rajin nanti aku post lagi. Banyak lagi gambar cantik2 yang belum tersiar.. Sekarang waktu tidur sebab malam kang nak tengok bola.. Perlawanan malam ni aku target Portugal menang. "Portugal tem de ganhar este jogo!"



Sunday, June 13, 2010

"Green" Goalkeeper England yang sehijau warna daun.

Malam semalam aku tertidur semasa perlawanan Argentina-Nigeria seawal minit ke-74.
Jadi secara auto, aku turut terlepas perlawanan England vs Amerika Syarikat yang bermula pada pukul 2 pagi.


Aku tak boleh komen pasal corak permainan England semalam, sebab aku tak tengok game tu. Tapi aku dah dapat bayangkan macam mana James punya member iaitu Mr. Robot Green save bola.




seperti yang dijangka

Sebelum
Dia ingat ini bola pantai.














Selepas

WTF!. Ini Jabulani la ngen.




England 1-1 USA

Saturday, June 12, 2010

Terpaling.

Special Semester secara rasminya telah pun berakhir.
Tapi minggu yang paling seronok dalam Special Semester ialah minggu ini. Nak tau sebab apa?

Paling gembira - Final Exam sudah tamat. :D
Paling teruja- Demam Piala Dunia di South Afrika.
Paling letih- Study.
Paling tak boleh blah- Dud bakar lighter sampai terpancut gas keluar. Nasib baik x terbakar janggut.
Paling berbaloi- Mendaki "Broga Hill" (Nanti upload gambar)
Paling annoying- Johan Raja Lawak punya vid clip "cing cang cing cang Alexander" Klik sini.


Notakaki: Aku terpaksa cabut dulu sebab game Argentina dah nak start dah.Mana boleh x tengok. Chow.

Tuesday, June 8, 2010

Kem England


Entry pendek. Disebabkan Piala Dunia akan berlangsung dalam masa beberapa hari je lagi.. Jadi aku akan mengumumkan yang aku akan berada dalam Kem England. Jadi apa tunggu lagi, buktikan yang anda adalah penyokong bola sepak yang sebenar..





Nota kaki- Kalau England kalah aku terus jadi warganegara Sepanyol.. No se olvide de apoyo a inglaterra!!

Saturday, June 5, 2010

Daku pasti merinduimu.

Sebelum terlambat, baik aku cakap awal-awal.. Exam berape hari je lagi. So, paham2 je la kan. Sebab sekarang ni masa itu umpama helikopter. Berapa ramai rakyat malaysia ada helikopter? Cuba cakap kat aku. So, ianya sangat berharga. Dalam erti kata lain, aku kena start pulun sebelum segalanya terlambat. Jadi, tanpa melengahkan masa yang semakin suntuk. Moleklah benar jika aku berhenti berblogang-bloging.. Babai blog. Daku pasti merinduimu..


Memo: This is the sad story ever.. Dont cry readers. I will update it soon.
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur