Monday, July 12, 2010

Sepanyol menang? Saya tak kisah.

Bendera Catalonia.
Semalam.. Saya pergi menonton perlawanan bola sepak. Saya pergi dengan kawan-kawan saya. Kebanyakan mereka penyokong sepanyol. Saya penyokong Belanda. Walaupun Belanda kalah, saya tak kisah..


Saya pergi menonton di Hartamas. Pukul sepuluh meja dah penuh.. Orang memang ramai.. Terutamanya penyokong2 sepanyol.. Tapi penyokong Belanda apa kurangnya.. Masing-masing busy blow vuvuzela. Vuvuzela punya bunyi bukan perlahan.. Bukan macam bunyi anak ayam.. Dia punya bunyi boleh membahayakan ibu2 yang sedang mengandung. Saya tahu penyokong2 bola sepak semuanya excited.. Tapi sebelum kena sepak, baik berhenti.. Semalam, 13 orang masuk ICU. Ada diantaranya sempat cakap "I see you in court". Tapi saya tak kisah.. Saya tahu mereka bergurau.


Sebenarnya, ramai penyokong Sepanyol tak tahu. Ramai pemain sepanyol berasal dari Catalonia. Victor Valdes, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevilla, Sergio Busquets, Cesc Fabregas dan Xavi Hernandez adalah mereka yang berdarah Catalan.Kecuali Valdez, semuanya bermain dalam perlawanan akhir malam tadi. Jika Catalonia berjaya memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Alamatnya, ranking sepanyol lebih kurang dengan ranking Korea Utara.Ini dek kerana sebahagian besar pemain skuad Sepanyol yang menang Piala Dunia pagi tadi adalah bangsa Catalan atau rakyat Catalonia. Ini termasuk penjaring gol kemenangan Andres Iniesta serta Pedro dan David Villa yang bermain untuk FC Barcelona dan menetap di ibu negara Catalonia itu.


Federacio Catalana de Futbol khabarnya kini dalam proses memohon keahlian UEFA dan FIFA. Sekiranya Catalonia berjaya memiliki pasukan bola sepak sendiri, maka sayalah orang yang paling gembira sekali..



Pesananringkas:Sumber daripada Bernama.

3 comments:

Fatin Aliyya said...

relax bro.aku pon sokong holland gak tp x menang.x per yg penting semngt tue kn ada!^______^

chill ok.

Mia Lara said...

haha. dah kalah banyak la bunyik. mcm2 kajian :P

ehsansniper said...

@Fatin- Haha, kita geng.:D

@Mia- Okela, daripada tak tau apa2, tiba2 terus sokong.weeek.:P

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur