Berbalik kepada point yang pertama di atas. Sebab utama aku tak update belog ialah kerana aku masih lagi sibuk. Sibuk berhari raya, sibuk belajar, sibuk menyiapkan assignment dan juga sibuk menguyah mee goreng. Walaupun sibuk yang last sekali nampak sedikit pelik. Namun, sekurang-kurangnya aku tak suka menyibuk hal orang.Fullstop.
Petang tadi, sempat juga aku pekena open house member. Kebetulan, ngam-ngam poket nipis. Memang rezeki betul. Datang-datang tengok menu ada sate. Mee bandung , laksa dengan lemang langsung tak usik. Dalam bab bab makan, fokus kepada sesuatu jenis makanan memang penting.. Thanks Dud!
Okayla, member dah sibuk sms suruh siapkan poster presentation.. Blogging off.(Buzy)
No comments:
Post a Comment