Wednesday, January 19, 2011

Cerita malam dua hari lepas..

Jam tepat menunjukkan pukul 2.17 pagi. Mata gua masih lagi terkebil-kebil menahan ngantuk.. Gua kalau tak dapat nescafe mengantuknya memang tak nak kalah. Jadi gua bingkas bangun dan melakukan aktiviti yang dinamakan lari setempat. Bila rasa badan dah panas sikit gua stop. Gua baring dekat katil sambil tangan memegang nota kecil gua. Malam ni gua dah nekad yang gua tak nak tidur.. Banyak lagi yang gua belum ingat..Ujian esok menentukan jatuh bangun gua dalam industri Information Technology..



Masa gua selak chapter yang pertama.. Gua baca pasal apa itu project management.. Sekali-sekala sempat juga gua angguk-angguk tanda paham. Ada juga yang gua kena baca dua tiga kali baru dapat tangkap dia punya makna.. Gua senyum-senyum.. Dalam hati memang dah yakin boleh jawab esok..

Kemudian gua masuk chapter dua.. Dia cerita pasal step wise..Ada sepuluh step semuanya.. Dalam baca-baca gua cuba hafal dan fahami maknanya sekali.. Sedang leka gua menghafal, gua pejam kejap.. Oh, seronoknya pejam mata time ngantuk macam ni.. Gua sambung baca nota.. Kemudian gua pejam lagi.. Kali ni memang feel habis.. Gua tertidur..


********


Esoknya, gua terkebil-kebil menjawab ujian dalam kelas yang sejuk gila babi..

No comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur