Monday, March 28, 2011

Siri bercakap dengan Highland Tower.


Yes, aku admit kerja mencari hantu adalah kerja yang paling gila. Hanya orang yang takde kerja sahaja yang buat kerja macam ni.. And the last few month memang aku buat benda ni. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam. Burung-burung pun berkicauan. Ada yang bekerja, ada yang bergembira dan ada juga yang sibuk study. Ok tak lawak lah ehsan..

Ni cerita yang sebetulnya. Pernah dengar Highland tower tak? Apa? Tak pernah dengar?? Kau dulu orang mana? Lahir kat mana? Oh, patutlah. Orang putih rupanya. Kalau tak tahu sila google ye..


Kacau betul. Belum sempat nak citer ade je yang nak potong..Ok,kita start balik. Aku pernah pergi tempat ni dua kali. Masa first tu memang tak jumpa. Dan yang kedua tu baru jumpa.Highland tower ni memang terkenal dengan kisah keseramannya. Dan lokasinya yang terletak dekat Bukit Antarabangsa memang strategik. Tempat orang-orang kaya tinggal kan.. Nak merasa la jugak lepak kat bukit.

Masa first time pergi tak rasa apa-apa.. Ye la, pusing Bukit Antarabangsa tu dah berapa kali.. Tapi tak jumpa-jumpa jugak.. Lastly kitorang balik macam tu je.. Dalam hati aku syak yang tukang tunjuk jalan sebenarnya tak nak pergi le tu.. Sebab tu buat-buat sesat.. Masyarakat!

And the second time memang sampai la kat tapak Highland Tower tu.. Aku pergi dengan member. Adala dalam 10 orang termasuk aku.. Tapi yang celaka nya, sebelah tapak tu ada satu banglo tinggal.. Memang berhantu la jugak.. Masing-masing duduk dalam kereta diam-diam..Aku bagi high beam sikit dari dalam kereta.. Nampak la semak samun jalan menuju ke highland tower.. Memang tak la kalau nak turun kereta..Gelap dia kemain lagi.. Kalau gua masuk rumah tu konfem ah tak nampak.. Pesen rumah tak ada 'nur'.

Ok, lepas balik aku gatal tangan la plak.. Key in google pasal benda2 misteri kat malaysia ni.. Dan banglo tempat aku lepak haritu memang ada cerita tersendiri..





Sumber: Ghostleaks.

No comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur