Friday, July 1, 2011

Ulasan perlawanan antara Arsenal menentang Tottenham Hotspur petang tadi.


15 minit sebelum perlawanan.

Gua dikejutkan oleh seorang lelaki yang berwajah seakan-akan pan asian petang tadi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Jeff. Nama nak komersial habis. Jeff (Bukan Nama Sebenar) memberitahu bahawa petang ini ada perlawanan bola sepak. Perlawanan yang bakal menentukan masa depan, jodoh, pekerjaan, bilangan anak, berat badan dan ukur lilit pinggang katanya.

Gua dengar endah tak endah sambil berlalu pergi ke tandas sebab gua dah tak tahan nak kencing.



14 minit sebelum perlawanan.

Gua dah ready bersila depan screen kompiter. Sempat juga gua wish kawan-kawan gua yang tengah berperang dengan kertas di library dengan menggunakan twitter sebagai medium. Kelihatan Jeff khusyuk menunaikan solat. Solat hajat barangkali. Selepas beliau selesai. Gua mengesyorkan supaya perlawanan persahabatan diadakan. Jeff diam tanda setuju. Pung pang, pung pang.. Perlawanan persahabatan selesai. Gua menang tipis dengan dua gol berbalas satu. Jeff berpeluh semacam. Nervous barangkali.

Seminit sebelum perlawanan.

'Amacam? Dah boleh start ke Jeff?' soal gua. Jeff jawab orait dengan gaya yang paling semangat sekali. Kecut perut jugak dengar. Dari mana datang semangat dia gua memang tak tahu. Mungkin aweknya yang study dekat Cairo ada hantar wish good luck kot. Sambil tu sempat jugak dia hulur tangan nak salam dengan gua. Gua bersalaman sebagai tanda perlawanan dah nak start. Gua pulak yang jadi nervous. Power betul Jeff ni.



Perlawanan bermula.

Pengadil tiup wisel tanda game dah start. Gua cuba mengaplikasikan apa yang gua dah belajar selama ini ke dalam perlawanan. Kadang-kadang gua dapat pegang bola, kadang-kadang Jeff pulak yang dapat. Susah jugak nak lawan Jeff ni. Dia power serba-serbi. Dari Keeper sampaila ke Striker. Dari bab-bab pelajaran dan pembelajaran sampaila ke bab-bab hafal nama jalan sekitar KL. Sampaikan ada urban legend mengatakan dia boleh bawak kereta dari serdang sampai Shah Alam sambil tutup mata. Memang hebat. Tapi kalau dah sampai Shah Alam gua tahu mana dia pergi. UITM jugak yang dia cari. Jeff Jeff. Apasal la kau pergi tak ajak aku sekali? Bengang betul. Amboi, gua dah lari topik dah ni. Err, gua cerita sampai mana tadi?

Okelah. Berbalik kepada perlawanan tadi, Jeff berjaya membolosi pertahanan gua secara tiba-tiba! Sebenarnya, takdelah power sangat dia pegang bola tu. Cuma macam mana si Lehmann ni bebal sangat sampai terbagi bola kat pihak lawan masa sepakan percuma. Korang dapat bayangkan kan macam mana senang nak score? Gua panas. Jeff dah leading satu kosong.. Gua jadi tak tentu arah. Rasa ringan je tangan ni. Jeff dah terkekek-kekek ketawa. Sempat jugak dia mesej awek dia yang dia nak jemput kat airpot kalau-kalau awek dia balik nanti.

Selepas ketinggalan satu kosong, gua melancarkan serangan bertubi-tubi. Kelam kabut Jeff dibuatnya. Kesian betul keeper dia. Berpeluh-peluh. Tadi rilek je kunyah mee goreng tepi padang. Apa cerita sekarang ni kelam kabut bukan main?? Lepas gua berhempas pulas. Akhirnya gua berjaya menyamakan kedudukan satu sama betul2 lima minit sebelum half time. Gua happy kemain lagi. Jeff dah mula gigit wayar 'controller'. Akhirnya, tamat separuh masa pertama.



Separuh masa kedua

Tiba-tiba gua malas nak sambung cerita bila Samir Nasri dilayangkan kad merah setelah menekel Van Der Vaart secara tak sengaja. Gua dah tak nampak sinar2 kemenangan dah masa tu. Gua tukar strategi, pemain gua semua mengikut arahan.Pung pang pung pang. Game habis. Akhirnya, perlawanan berkesudahan seri 1-1.


Notakaki: Oklah, game kedua antara Real Madrid bertemu Atletico Madrid dah nak start. Game kali ni biar haikal yang rebiu..

No comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur