Sunday, February 19, 2012

Rumah baru

Aku rasa macam nak padam entri entri lama. Rasa macam gampang pulak bila baca baca balik. Blog ni pun aku rasa nak delete. Nak ganti yang baru. Buat sementara waktu ni tak la. Masih lagi sayang lagi blog ni. Rumah baru tempat melampiaskan nafsu serakah menulis akan hadir dalam beberapa bulan lagi. Bukan sekarang. Setakat ni itulah plan aku. Esok lusa kita tak tahu kan. Oklah, nak mandi. Selamat bercuti di hari Ahad dan tabah menghadapi hari bekerja/belajar esok!

Sunday, February 12, 2012

Projek besar.

Ada satu projek besar dalam sebulan dua ni. Kita tunggu dan lihat saje la yek.

Wednesday, August 3, 2011

Jalan

Kau. Engkau yang memulakan,
Kau yang menghiasi,
Ruang hati. Menyerikan hari ku,


Kau bagai matahariku,
Menyinari bumi yang kemurungan,
Mencorakkan pandanganku. Pandanganku.

by Society - Jalan
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 27, 2011

Survey untuk projek tahun akhir saya.

Apa? Tak ada kerja? Nah. Gua bagi kerja senang sikit. Ini survey untuk Final Year Project gua. Jangan buat main-main.. Sila jawab dengan hati yang tenang dan jujur.. Terima kasih.



Malaysia VS Singapore

Tiket dah ada dalam tangan.. Amacam? Kita jumpa di bukit jalil.. keh keh keh.


Notakaki: lagi sedap update blog pakai kompiter..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 24, 2011

kandel

Keh3.. Amacam.. Kemain lama tak update..


Sekitar 3 minggu yang lalu.

Tak ada benda lain lagi yang gua nak ucap melainkan jutaan terima kasih.

Oh ya. Terima kasih semua!

Notakaki: Sejak dua tiga hari ni gua perasan yang jantung gua berdegup laju.. Apa hal?

Friday, July 1, 2011

Ulasan perlawanan antara Arsenal menentang Tottenham Hotspur petang tadi.


15 minit sebelum perlawanan.

Gua dikejutkan oleh seorang lelaki yang berwajah seakan-akan pan asian petang tadi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Jeff. Nama nak komersial habis. Jeff (Bukan Nama Sebenar) memberitahu bahawa petang ini ada perlawanan bola sepak. Perlawanan yang bakal menentukan masa depan, jodoh, pekerjaan, bilangan anak, berat badan dan ukur lilit pinggang katanya.

Gua dengar endah tak endah sambil berlalu pergi ke tandas sebab gua dah tak tahan nak kencing.



14 minit sebelum perlawanan.

Gua dah ready bersila depan screen kompiter. Sempat juga gua wish kawan-kawan gua yang tengah berperang dengan kertas di library dengan menggunakan twitter sebagai medium. Kelihatan Jeff khusyuk menunaikan solat. Solat hajat barangkali. Selepas beliau selesai. Gua mengesyorkan supaya perlawanan persahabatan diadakan. Jeff diam tanda setuju. Pung pang, pung pang.. Perlawanan persahabatan selesai. Gua menang tipis dengan dua gol berbalas satu. Jeff berpeluh semacam. Nervous barangkali.

Seminit sebelum perlawanan.

'Amacam? Dah boleh start ke Jeff?' soal gua. Jeff jawab orait dengan gaya yang paling semangat sekali. Kecut perut jugak dengar. Dari mana datang semangat dia gua memang tak tahu. Mungkin aweknya yang study dekat Cairo ada hantar wish good luck kot. Sambil tu sempat jugak dia hulur tangan nak salam dengan gua. Gua bersalaman sebagai tanda perlawanan dah nak start. Gua pulak yang jadi nervous. Power betul Jeff ni.



Perlawanan bermula.

Pengadil tiup wisel tanda game dah start. Gua cuba mengaplikasikan apa yang gua dah belajar selama ini ke dalam perlawanan. Kadang-kadang gua dapat pegang bola, kadang-kadang Jeff pulak yang dapat. Susah jugak nak lawan Jeff ni. Dia power serba-serbi. Dari Keeper sampaila ke Striker. Dari bab-bab pelajaran dan pembelajaran sampaila ke bab-bab hafal nama jalan sekitar KL. Sampaikan ada urban legend mengatakan dia boleh bawak kereta dari serdang sampai Shah Alam sambil tutup mata. Memang hebat. Tapi kalau dah sampai Shah Alam gua tahu mana dia pergi. UITM jugak yang dia cari. Jeff Jeff. Apasal la kau pergi tak ajak aku sekali? Bengang betul. Amboi, gua dah lari topik dah ni. Err, gua cerita sampai mana tadi?

Okelah. Berbalik kepada perlawanan tadi, Jeff berjaya membolosi pertahanan gua secara tiba-tiba! Sebenarnya, takdelah power sangat dia pegang bola tu. Cuma macam mana si Lehmann ni bebal sangat sampai terbagi bola kat pihak lawan masa sepakan percuma. Korang dapat bayangkan kan macam mana senang nak score? Gua panas. Jeff dah leading satu kosong.. Gua jadi tak tentu arah. Rasa ringan je tangan ni. Jeff dah terkekek-kekek ketawa. Sempat jugak dia mesej awek dia yang dia nak jemput kat airpot kalau-kalau awek dia balik nanti.

Selepas ketinggalan satu kosong, gua melancarkan serangan bertubi-tubi. Kelam kabut Jeff dibuatnya. Kesian betul keeper dia. Berpeluh-peluh. Tadi rilek je kunyah mee goreng tepi padang. Apa cerita sekarang ni kelam kabut bukan main?? Lepas gua berhempas pulas. Akhirnya gua berjaya menyamakan kedudukan satu sama betul2 lima minit sebelum half time. Gua happy kemain lagi. Jeff dah mula gigit wayar 'controller'. Akhirnya, tamat separuh masa pertama.



Separuh masa kedua

Tiba-tiba gua malas nak sambung cerita bila Samir Nasri dilayangkan kad merah setelah menekel Van Der Vaart secara tak sengaja. Gua dah tak nampak sinar2 kemenangan dah masa tu. Gua tukar strategi, pemain gua semua mengikut arahan.Pung pang pung pang. Game habis. Akhirnya, perlawanan berkesudahan seri 1-1.


Notakaki: Oklah, game kedua antara Real Madrid bertemu Atletico Madrid dah nak start. Game kali ni biar haikal yang rebiu..

Monday, June 20, 2011

Beza sibuk gila babi dengan buat buat sibuk

Biasalah manusia, ada masa memang rasa sibuk gila babi. Sampai time makan dengan time tidur pun dah tunggang langgang. Tapi ada masa takde la sibuk mana pun, tapi buat-buat sibuk.Jenis orang macam ni memang banyak. Dan benda ni ada dalam diri setiap orang. Cuma yang membuatkan ianya berbeza, dia punya "buat-buat sibuk" tu power dengan tak power je. Betul.

Macam yang aku cakap kat atas. Aku rasa semester kali ni memang busylah! Tak macam masa awal foundation dulu. Kalau dulu nampak awek boleh suwit-suwit lagi. Sekarang ni memang tak la. Kalau tengah busy memang makan, minum, tidur aku jadi tunggang langgang. Tapi bila dah tak ada kerja. Cepat-cepat aku jadikan tidur itu sebagai satu hobi masa lapang. Lagipun tidur kan satu perkara yang berfaedah. Ok ape. Daripada kau buang masa lepak pavi dari pagi sampai petang tapi dalam dompet ada 4 ringgit je. Baik tak payah.

Notakaki: Oh, aku lama tak update rupanya. Busy busy. Kah kah kah

Sunday, May 22, 2011

Rumah Anak Yatim

Semalam aku baru je balik dari program Sekretariat Rakan Muda ke Rumah Bakti Hulu Kelang. Penghuni-penghuni Rumah Bakti ini keseluruhannya adalah anak-anak yatim. Orang-orang yang macam ni la yang kita kena bagi perhatian lebih sikit. Ini tidak, asyik nak bergossip je. Ceewah.

Seronok juga pergi. At least, kita gain experience sikit-sikit.Tujuan program ini diadakan pun sebab nak anak2 yatim ni enjoy .Nak beritahu dekat diorang masih ada yang sayang. Nanti tak adalah bosan sangat kat Rumah Bakti tu. Aku dulu masa sekolah asrama pun kalau parents tak datang mesti ada rasa sedih sikit-sikit. Poket nipis macammana tak sedih ye dak? Keh3.Kalau nak cerita kesian tu memang la kesian. Cerita tiga empat hari pun tak habis. Apa kata kita tengok gambar. Gambar ni aku ada cilok dekat FB Seramu sikit dengan dalam kamera aku sikit. Pics credit to Cikgu Ayu.

















Gambar dari kamera aku 100% tak edit. Tak sempat.

Balik-balik je semalam dalam pukul 5 petang bukak twitter terus dapat berita pasal kejadian tanah runtuh dekat Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat. 13 orang terkorban dengan 3 masih hilang. Kesian weh. Moga-moga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Notakaki:Sekarang ni final year. Busy lah sikit. Kalau lama tak update tu paham2 je la. okthxbye.

Saturday, May 14, 2011

Dafi



Aku kalau sehari tak dengar lagu Dafi ni. Rasa macam serba tak kena. Betul.

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur