Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Sari berita penting..

Ehsansniper disyaki akan meninggalkan kawasan kolumpo dan kawasan yang sewaktu dengannya pada pagi ini untuk beberapa hari bagi menyambut perayaan Hari Raya di tempat kelahiran beliau iaitu di Ipoh.. Laporan terbaru mengatakan, seluruh penduduk Ipoh telah bersiap sedia bagi menyambut kepulangan beliau pada raya tahun ini. Dijangka Scha dan Lisa Surihani turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini..


Desas desus ada mengatakan sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan bagi menjamu seluruh warga kota yang setia tahun ini..Itu belum dicampur korban kambing, unta, biri-biri mahupun seladang kerana dikatakan jumlah mereka jauh lebih banyak tahun ini.. Pasukan kompang Kampung Sri Kinta telah bertungkus lumus berlatih siang malam supaya mereka tidak silap tune kerana kebiasaannya mereka tidak dapat membezakan kompang dengan rebana.. Ketua Pasukan kompang Negara perlu ambil berat hal ini!!!

***
Beliau dijangka muncul ditengah ibu kota lebih kurang seminggu kemudian dengan wajah sugul kerana kehabisan duit akibat daripada perbuatan budak-budak nakal yang mahu duit raya lebih..Mana taknya, bukan sahaja kanak-kanak..Malahan ibu kanak-kanak seperti dia juga mahukan duit raya.Akhir kata daripada saya, Lihat Kiri.Lihat Kanan.Lihat Kiri.Lintaslah dengan selamat..

Pesananringkas:Ehsansniper mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin..Maafkan segala kesalahannya dari Ipoh hingga Kolumpo..Babaii..





Dijangka berbuka puasa bersama-sama malam ini..

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur