Jika harga minyak naik lagi pada pilihanraya akan datang, gua bercadang untuk menggunakan air mineral sebagai sumber bahan api gantian untuk kenderaan gua.
Sekian, terima kasih daun pisang..
Tuesday, February 22, 2011
Friday, February 18, 2011
Mandi
Hujan renyai renyai di Uniten pagi tadi baru sahaja berhenti. Gua bingkas bangun dari katil. Sekali-sekala gua cuba mengibas punggung. Kebas. Hilang deria sentuh selama beberapa saat. Dalam pada itu sempat juga gua capai tuala yang tersidai cantik diatas daun pintu bilik. Dengan cermat tuala itu gua pakai. Dengan mata separuh pejam, gua gagahkan diri ke kamar mandi. Selepas beberapa saat buffering. Gua sambung tidur balik. Celaka apa air takde. Plumber tak ada education punya kes la ni. Pagi itu, gua gagal pecah rekod. Gua rela escape kelas daripada pergi kelas tanpa mandi. That's is Insane you know.
Sunday, February 13, 2011
Berita semalam
Yes, satu dunia dah tahu.Pemerintahan Hosni Mubarak dah berakhir.Inilah yang dinamakan kuasa rakyat.Selepas ini mungkin Yaman.Kita tunggu dan lihat saja.
Aku sempat balik Ipoh semalam.. Memang buah durian baru musim. Tapi tak sempat nak beli.. Letih ulang-alik KL Ipoh. Semalam gua tidur je.. Sori aaa Cha..
Notakaki:Kelab yang paling klasemen, Manchester United dan Perak FA macam biasa. Kutip 3 mata penuh.Apa ada hal.
Friday, February 4, 2011
Revolusi Mesir, Kisah Hosni Mubarak
sambungan daripada entry sebelumnya..
Mesir
Ekoran Revolusi Jasmine yang terjadi di Tunisia. Rakyat Mesir yang dahulunya tidak berani bersuara sudah mula bertindak. 25 Januari 2011 merupakan satu tarikh keramat, tarikh yang menghimpunkan rakyat Mesir demi satu pemerintahan yang adil dan saksama.. Revolusi Mesir menjadi igauan pemimpin Arab yang lain kerana Mesir merupakan negara Arab yang terbesar. Dengan kapasiti penduduk yang mencecah hampir 79 juta. Maka tidak hairanlah ekonomi Mesir merupakan kedua terbesar di tanah Arab selepas Arab Saudi. Selain itu, Mesir merupakan pemimpin utama dunia Arab. Ini dapat ditunjukkan dengan 5 daripada 6 setiausaha agung Liga Arab merupakan rakyat Mesir.
Berikutan pembunuhan Presiden Anwar Sadat pada tahun 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden yang paling lama memerintah di Mesir. Dalam tempoh 30 tahun pemerintahan, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Hosni mengundang kebencian rakyat dan umat Islam seluruhnya. Antaranya ialah, Hosni adalah satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan perjanjian damai dengan Israel. Selain mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, Hosni dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak adil. Sikapnya yang selalu menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan Parti Pembangkang dan mengatur pilihanraya merupakan antara faktor utama mengapa rakyat begitu membencinya. Kezalimannya terbukti dengan kemenangan besarnya yang mencapai 99% dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali pilihan raya diadakan. Dalam pada masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihan raya.Jika benar Hosni yang memenangi pilihan raya, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah lebih sejuta pada hari ini?
Bagi Palestin khususnya, Hosni ibarat boneka Israel. Mesir yang selalu menjadi intermediary dalam perjanjian antara Palestin-Israel tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Palestin. Selama 30 tahun jugalah Israel membina kehidupan yang aman walaupun negaranya dikelilingi negara-negara Arab. Malahan semakin hari wilayahnya semakin besar ekoran pencerobohan yang dilakukan keatas tanah Palestin. Oleh itu, demonstrasi yang berlaku sekarang merupakan sesuatu yang amat ditakuti Israel.
Selama beberapa hari demonstrasi ini berlangsung, Hosni cuba berunding namun hasratnya langsung tidak diambil peduli oleh rakyat. Antara yang dijanjikan ialah tidak bertanding pada pilihanraya akan datang yang diadakan pada bulan September. Selain itu, Hosni mengumumkan Naib Presiden dan Perdana Menteri yang baru. Ianya langsung tidak mendatangkan kesan kepada para penunjuk perasaan. Malahan api kemarahan semakin meluap-luap di kalangan penunjuk perasaan. Apa yang mereka mahu ialah Hosni Mubarak digulingkan secepat mungkin. Sementara itu, para penyokong Hosni kebanyakannya terdiri daripada polis yang berpakaian preman yang diupah sudah mula bertindak dengan menyerang para penentang Hosni yang sedang berdemonstrasi. Keadaan bakal menjadi panas semula namun aku percaya penentangan terhadap Hosni tidak akan berhenti di sini.. Kebangkitan Islam pasti akan berlaku semula.
Walaupun Hosni sendiri telah terselamat dalam enam kali cubaan bunuh. Bukan bermakna dia akan terus kekal memerintah. Kerana bukan peluru yang menyebabkan dia berhenti, tetapi rakyatnya sendiri yang akan menghentikannya. Moga Revolusi Mesir ini berhasil buat pertama kalinya. Amin.
Notakaki: Revolusi di tanah Arab kali ini umpama domino, selepas Tunisia & Mesir, kemungkinan akan diikuti oleh Yaman,Algeria & Jordan. Setakat ni lebih 20000 dah demonstrasi di Yaman. Kita tunggu dan lihat. Bila keadaan dah panas sikit aku continue.
Revolusi Jasmine & Revolusi Mesir
Ini adalah susulan daripada entry lepas, aku akan mengupas serba sedikit tentang pergolakan yang berlaku di Tanah Arab baru-baru ini. Pergolakan yang mencetuskan pemberontakan di kalangan rakyat yang mahukan satu sistem pemerintahan yang baru.. Sebagaimana propaganda Jepun 'Asia untuk orang Asia', rakyat Mesir juga mahukan satu sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa campur tangan Israel dan Amerika Syarikat. Untuk makluman, Hosni Mubarak merupakan sekutu kuat kedua-dua negara tersebut.Sebelum aku mengupas lebih lanjut tentang Revolusi yang terjadi di Mesir, adalah molek dan cantik kalau aku menceritakan bagaimana ianya bermula.
Revolusi Jasmin
Revolusi Jasmin bermula di Tunisia.Tunisia terletak di utara Afrika bersempadan dengan negara Algeria dan Libya. Negara yang berpopulasi 10.4 juta orang itu dipimpin oleh Presiden Zine el-Abidine Ben Ali seorang pemerintah kuku besi.
Kisahnya bermula dengan seorang penjual sayur bernama Mohamad Bouazizi.Pemuda inilah yang menjadi pencetus revolusi rakyat Tunisia. Dalam dunia politik Arab yang kuku besi dan banyak menyekat hak asasi manusia, revolusi dan kebangkitan rakyat adalah suatu perkara yang luar biasa.Bouzizi yang berkerja sebagai penjual sayur telah bertindak nekad membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan setelah gerainya dirampas kerajaan dengan alasan tidak mempunyai lesen berniaga.Peristiwa tersebut telah membakar semangat rakyat Tunisia untuk menggulingkan rejim Ben Ali.Semua lapisan masyarakat turun untuk berdemonstrasi. Dalam keadaan negara yang kacau bilau, akhirnya rejim pimpinan Ben Ali jatuh tersungkur.
Ben Ali kemudiannya melarikan diri ke Arab Saudi. Isterinya dilaporkan membawa keluar 1.5 tan emas yang disimpan di Bank Tunisia. Selain itu, hasil korupsi keluarga tersebut dianggarkan sebanyak £3.5 billion disimpan di luar negara. Setelah Ben Ali melarikan diri, parti pembangkang telah diminta untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Pilihanraya Umum yang adil dan bebas juga dijanjikan dalam tempoh enam bulan. Perjuangan Mohamad Bouzizi sebenarnya tidak sia-sia. Sinar Islam mula menerangi Tunisia.
bersambung...
Thursday, February 3, 2011
Jimmy Bullard Rajalawak Bolasepak
Kadang-kadang bila main bola kita kena serius, tapi tak perlulah sampai nak marah2.. Chill sudah.. Main untuk kesihatan kan..Tengok video ni, dalam kelam kabut masih sempat buat lawak.. Apa ada hal..
Video ni lagi style. Memang kelakar gila..Ada shafel2 sikit masa last2.. Macam Haikal sikit gaya shafel die..Kah3..
Mamat ni dengan player panas baran pun dia boleh main2..Dia siap keliru nak gelak ke atau nak takut dengan mamat tu..Video Duncan Ferguson boleh cari kat youtube.
He is the world funniest footballer.. Sampaikan kadang2 bila aku tengok video2 dia, aku terlupa dia ialah seorang pemain bola.. Memang menghiburkan..
Notakaki: Oh ya, Happy Chinese New Year to all my chinese friends.. Blogging off.
Subscribe to:
Posts (Atom)