Friday, February 4, 2011

Revolusi Jasmine & Revolusi Mesir

Ini adalah susulan daripada entry lepas, aku akan mengupas serba sedikit tentang pergolakan yang berlaku di Tanah Arab baru-baru ini. Pergolakan yang mencetuskan pemberontakan di kalangan rakyat yang mahukan satu sistem pemerintahan yang baru.. Sebagaimana propaganda Jepun 'Asia untuk orang Asia', rakyat Mesir juga mahukan satu sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa campur tangan Israel dan Amerika Syarikat. Untuk makluman, Hosni Mubarak merupakan sekutu kuat kedua-dua negara tersebut.Sebelum aku mengupas lebih lanjut tentang Revolusi yang terjadi di Mesir, adalah molek dan cantik kalau aku menceritakan bagaimana ianya bermula.

Revolusi Jasmin
Revolusi Jasmin bermula di Tunisia.Tunisia terletak di utara Afrika bersempadan dengan negara Algeria dan Libya. Negara yang berpopulasi 10.4 juta orang itu dipimpin oleh Presiden Zine el-Abidine Ben Ali seorang pemerintah kuku besi.



Kisahnya bermula dengan seorang penjual sayur bernama Mohamad Bouazizi.Pemuda inilah yang menjadi pencetus revolusi rakyat Tunisia. Dalam dunia politik Arab yang kuku besi dan banyak menyekat hak asasi manusia, revolusi dan kebangkitan rakyat adalah suatu perkara yang luar biasa.Bouzizi yang berkerja sebagai penjual sayur telah bertindak nekad membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan setelah gerainya dirampas kerajaan dengan alasan tidak mempunyai lesen berniaga.Peristiwa tersebut telah membakar semangat rakyat Tunisia untuk menggulingkan rejim Ben Ali.Semua lapisan masyarakat turun untuk berdemonstrasi. Dalam keadaan negara yang kacau bilau, akhirnya rejim pimpinan Ben Ali jatuh tersungkur.


Ben Ali kemudiannya melarikan diri ke Arab Saudi. Isterinya dilaporkan membawa keluar 1.5 tan emas yang disimpan di Bank Tunisia. Selain itu, hasil korupsi keluarga tersebut dianggarkan sebanyak £3.5 billion disimpan di luar negara. Setelah Ben Ali melarikan diri, parti pembangkang telah diminta untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Pilihanraya Umum yang adil dan bebas juga dijanjikan dalam tempoh enam bulan. Perjuangan Mohamad Bouzizi sebenarnya tidak sia-sia. Sinar Islam mula menerangi Tunisia.

bersambung...


No comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur