Wednesday, March 30, 2011

Keputusan Undian Bola Sepak Malaysia

Petang ni kita bukak topik tentang bola sepak Malaysia lah.. Dah lama teman tak sembang pasal bolo.
Oklah, berita baru kua tadi. Panas lagi nih.. Keputusan undian untuk kelayakan Olimpik 2012 dan kelayakan Piala Dunia 2014.

Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Kedua -Malaysia VS Lubnan


Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Pertama -Malaysia VS Taiwan


Bila tengok balik undian untuk Kelayakan Olimpik.. Malaysia nampak macam goyang.. Tapi kalau team malaysia bermain bersungguh-sungguh.. Insyaallah, boleh menang punyalah.. Jangan risau.. Kita kan ada KFCM.. Lubnan ada apa?


Sebelum lu klik icon delete kat atas tu, lu orang tengoklah dulu video nie.. Power gila orang tua nih main..




California




Aku dengar cerita california akan di landa gempa dalam masa beberapa hari je lagi.. Betul ke? Hebat betul kan manusia zaman sekarang.. Semua benda boleh predict. Manusia zaman sekarang tahap keilmuannya dah terlalu maju.. Kalau berterusan cenggini.. Tak lama lagi pemikiran manusia tak ubah macam alien.. I mean dari segi kepandaian la.. Bukan dari segi paras rupa.. Entah-entah, tahun 2020 nanti pergi planet lain dua jam dah sampai.. Takpun makan sebiji pil, kenyang 3 hari.. Hebat betul.. Tapi, cuma satu je aku nak tanya..

Lepas ni nak predict apa lagi hah?

Tuesday, March 29, 2011

Surat untuk mark zekeberg.


Kehadapan Mark Zekeberg yang dikasihi (Pui!),

Apa cerita ni mark zekeberg? FB punya security dah lari dia punya tune.. Lu punya pekerja takkan lah sibuk menguruskan farmville kot?. Kat luar ni dah ramai yang kene scam ni weh.. Tak pasal2, status terupdate sendiri.. Yang paling terbaru scam tentang samsons puja setan habaq hang.. Kemain lagi.. Entah betul entah idak..Tu belum lagi yang kantoi cuba bukak link ehem-ehem.. Tak pasal2 status terupdate.. Dah banyak user yang kena semenjak sehari dua ni.. Aku harap lu cepat-cepat setelkan masalah ni.. Kalau tak mampu setel dah boleh letak jawatan dah.. Okla, aku tak nak cakap banyak nanti kau kecik hati.. Bila dah merajuk susah nak pujuk.. Pesen merajuk kalah perempuan..
Yang benar,
Ehsansniper.

Monday, March 28, 2011

Thanks heroes.

Hidup ini kena pandai menghargai. Barulah hidup ni penuh berkat.

Ok..Di kesempatan ini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang follow blog aku.. Kau orang memang superb. Kadang-kadang rasa macam tak percaya pun ada. Yela, aku bukan artis, seniman, politikus, penghibur mahupun penceramah. Aku buat blog ni dulu pun sebab ada sorang makwe cun yang menginfluencekan aku buat blog.. Kalau tak haram aku nak berblog.. Lagi baik minum cool blog.. Sedap gak.. Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya aku memang ada minat dalam bidang penulisan. Takde la banyak.. Sikit-sikit.

Sekarang bila dah terlanjur ada blog ni. Tak elok rasanya kalau aku abaikan. Baik jaga elok-elok blog tu.At least bila kau rasa gembira,sedih,kecewa,riang,stress,malas,excited,tak boleh tidur,sakit hati, nak luah perasaan, kau ada medium untuk bercerita. Betul tak? :)

Siri bercakap dengan Highland Tower.


Yes, aku admit kerja mencari hantu adalah kerja yang paling gila. Hanya orang yang takde kerja sahaja yang buat kerja macam ni.. And the last few month memang aku buat benda ni. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam. Burung-burung pun berkicauan. Ada yang bekerja, ada yang bergembira dan ada juga yang sibuk study. Ok tak lawak lah ehsan..

Ni cerita yang sebetulnya. Pernah dengar Highland tower tak? Apa? Tak pernah dengar?? Kau dulu orang mana? Lahir kat mana? Oh, patutlah. Orang putih rupanya. Kalau tak tahu sila google ye..


Kacau betul. Belum sempat nak citer ade je yang nak potong..Ok,kita start balik. Aku pernah pergi tempat ni dua kali. Masa first tu memang tak jumpa. Dan yang kedua tu baru jumpa.Highland tower ni memang terkenal dengan kisah keseramannya. Dan lokasinya yang terletak dekat Bukit Antarabangsa memang strategik. Tempat orang-orang kaya tinggal kan.. Nak merasa la jugak lepak kat bukit.

Masa first time pergi tak rasa apa-apa.. Ye la, pusing Bukit Antarabangsa tu dah berapa kali.. Tapi tak jumpa-jumpa jugak.. Lastly kitorang balik macam tu je.. Dalam hati aku syak yang tukang tunjuk jalan sebenarnya tak nak pergi le tu.. Sebab tu buat-buat sesat.. Masyarakat!

And the second time memang sampai la kat tapak Highland Tower tu.. Aku pergi dengan member. Adala dalam 10 orang termasuk aku.. Tapi yang celaka nya, sebelah tapak tu ada satu banglo tinggal.. Memang berhantu la jugak.. Masing-masing duduk dalam kereta diam-diam..Aku bagi high beam sikit dari dalam kereta.. Nampak la semak samun jalan menuju ke highland tower.. Memang tak la kalau nak turun kereta..Gelap dia kemain lagi.. Kalau gua masuk rumah tu konfem ah tak nampak.. Pesen rumah tak ada 'nur'.

Ok, lepas balik aku gatal tangan la plak.. Key in google pasal benda2 misteri kat malaysia ni.. Dan banglo tempat aku lepak haritu memang ada cerita tersendiri..





Sumber: Ghostleaks.

Sunday, March 27, 2011

Renovate

Aku kena panggil Eric Leong renovate blog aku la.. Dah macam blog samseng kampung pisang. Langsi semacam.. kalau Nasir Bilal Khan tengok ni mesti cemburu..

Cuti ni aku bercadang untuk bekerja. Sesiapa yang ada BANYAK kerja, ataupun MALAS kerja boleh hubungi aku dengan segera. Aku boleh tolong mana yang patut.Lagi satu, aku dengar scene menoreh tengah menaik sekarang.. Sebulan boleh dapat gaji 7-8k.. Dekat ipoh ni kat mana ada ladang getah haaa?




Man Raja lawak ni memang champion.. Oprah Winfrey betul!



Percuma 2 sarapan besar.


Kalau lu orang merupakan seorang yang berjimat cermat, lapar dan berketrampilan menarik.. Apa kata lu orang try benda ni..


Sila print sendiri. Sehingga 31 Mac 2011.

Amaran: Sebarang perubahan bentuk badan adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Tertakluk kepada terma dan syarat.
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur