Monday, August 24, 2009

Aku nak MC..Bukan Manchester City..

Bukan malam kejadian..


Okeh, ini serius.. Malam semalam aku secara sengaja dan tak sengaja (dua-dua sekali) telah melanggar rondebot berhampiran fifteen pada kelajuan dimana Usain Bolt pun x mampu kejar.... Kejadian ini berlaku disebabkan oleh tiadanya lampu jalan lantas menyebabkan aku menunggang seperti memejam mata.. Diharap pihak2 yang berkaitan seperti PBT, Majlis Pembandaran, Adun Bangi, mahupun kepada pihak pembangkang atau kerajaan khususnya Tan Sri Khalid sendiri menyediakan beberapa buah lampu (bukan lampu torchlight)di setiap inci jalanraya bangi..

Walaubagaimanapun, semalam selepas sahaja jatuh..Aku secara panik teros bangun dan lantas meraba PSP di poket untuk melihat keadaannya sama ada cedera ringan,cedera parah mahupun mati(patah dua).. Setelah beberapa saat, PSP disahkan selamat.. Aku mase tue rase macam kuat pon ader sebab tak rase sakit pape..Luka sikit2 je, tp lebam lebih bnyk sikit dari luka2..


Tapi selepas aku bangun je pagi nie..Aku akui yang kaki aku dah bengkak sikit.. Haa, baru terasa dia punya pergi..Memang sakit.. Secara auto aku x pergi kelas sampai aku sihat macam Afdlin Shauki..Err, tarawikh tu..Kalau aku mampu aku pergi..Kau orang janganla risau.. Klu x pergi nanti aku msg korang suh kem salam kat imam..


Jika ada saper2 nak rekemen klinik mana yg aku patut pergi..Sila tinggalkan pesanan anda diruangan komen yang telah disediakan...Tiada bayaran dikenakan..


Kata-kata hikmah hari ini:- Jangan jadi seperti ayam..

Sunday, August 23, 2009

Puasa jgn tak puasa tau..


Bulan puasa memang best main psp sebab korang takkan rasa lapar...
Kesimpulannya, korang tak perlu sahur, tak perlu berbuka.. Korang cume perlu teros bermain dan bermain PSP disamping mengecaj baterinya untuk mengelakkan daripada kehabisan..


Oh ya, malam tadi Manchester United kenduri besar dengan mengalahkan wigan 5-0.. Dengar cerita, faktor kekalahan utama ialah Kirkland iaitu penjaga gawang wigan terlupa untuk bangun sahur lantas beliau bermain dalam kelaparan yang amat sangat..Sikit lagi nak mati katanya..



Kepada pelajar Universiti Tenaga Nasional..Banyak-banyakkan beribadah di bulan yang mulia... Aku nak tengok muke korang wajib ada dekat masjid time terawih..Kalau ternampak aku, tegur-tegurla..Kalau nampak aku berada di luar kawasan masjid pada waktu terawih.. Tolong repot kat mak aku ya..Terima kasih..


Final exam 26 ogos nie ye kawan-kawan..Nampak macam lame kan.. Tapi sebenarnya tak la lame mane..Kalau korang ada rancang nak buat study group atau belajar secara berkumpulan sila hubungi dengan kadar yang segera..


Disini ada satu pengumuman, kepada sesiapa yang ingin kerja kosong sila berjumpa dengan saya segera..

Private tutor Subject CSEB134 (C programming)
Private tutor subject CSEB124 (Web programming)

Akhir kata, majulah sukan untuk negara..
Jangan main mercun, nanti putus jari..
Sekian terima kasih..

Thursday, August 20, 2009

Puasa nanti aku update ye..

Mak aih, aku sibuk mengalahkan Najib la plak..

Assignment-html-c prog-quiz-test-exercise-karaoke-epl-fesbook-javascript-fantasy football merupakan perkara yang sedang berlari berkejaran dalam otak aku..

Oke, seperti statement di atas..Puasa nanti aku updated..

Sunday, August 2, 2009

Alkisah Politikus dan Influenza A...

Semalam punya cerita..Patutla jalan ke KL sesak gile babi..Dekat terowong smart dah jem.. Coz jalan istana ditutup..Rupa-rupanya, diorang ader buat demonstrasi anti-ISA.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut..Korang klik sini.. Kalau x nak klik situ.. Korang klik sini.. Layan fesbook lagi bagos..


Pasal selsema babi tu..Aku ade bace satu artikel..Korang boleh la tgk kalau rajin.. Kalau x rajin tapayah la tengok..Siyes..Buang mase..Klik sini..


Pesananringkas: Oit Bedul, cantik psp kau..Huahua.
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur