Thursday, May 27, 2010

Aku kat ipoh weh.

Haah, betullah aku kat Ipoh sekarang ni.. Tapi ahad ni haikal dah janji nak bawak aku g youthsays.. Lepastu, Apeas plak ajak pergi Sungei Wang..

Okay plan dah cantik sangat tuh walaupun poket tak berapa nak tebal.. Jadi, secara auto ahad pagi aku dah muncul kat kay'ell.. :D


Notakaki:Amir, lu jangan ngade-ngade nak study ahad ni. Nak study, pegi study sekarang..

Monday, May 24, 2010

Korang kenal mamat ni?




Shahir Zawawi-Juara Akademi Fantasia 8

Mantap jugak budak sekolah aku menyanyi. Silap hari bulan, tahun depan dapat rezeki lebih boleh menang ABPBH.



Anuar Hasin-Juara Akademi Al-Quran 2


Haa, kalau aku tak tulis caption.. Memang korang tak kenal la kan.. Senior..Ingat lagi masa dia juara, crew tv9 ngan Farah Adeeba datang recording dekat sekolah.. Siap masuk asrama ngan bilik prep lagi.. :)




Notakaki:Kenangan masa aku secondary school dulu memang terlalu banyak dan tak boleh lupa.. Agak-agak kalau aku masuk top host boleh juara tak? :D

Mangsa pertama.

Aku rasa korang kene ambil insuran la. Bukan apa, takut-takut benda ni terjadi kat korang..











Notakaki: Lain kali singgah blog bagi salam dulu..

Saturday, May 22, 2010

Majlis Kesyukuran dan terima kasih FBI.

Teringin nak pergi majlis kesyukuran FBI. Bukan jauh pun, dekat presint 16 je. Tapi aku x tau sangat la nak ke presint 16.Presint lain aku tau laa. Melepas jumpa FBI.Dah la tengah lapar ni..

Kisah Fikri Rahmat.

Selepas peristiwa semalam, aku baru sahaja mengalami mimpi yang agak luar biasa dan boleh dikatakan menyakitkan hati..Oleh kerana tidak mahu aku terlupa part-part dalam mimpi tersebut, terpaksa aku menceritakan kepada kalian secepat mungkin..


Aku sebenarnya bermimpi fikri rahmat menjadi seorang pelumba professional..Aku mimpi aku jadi jurulatih dia. Sebab masa nak mintak sain mak bapak untuk borang perlumbaan cup prix aku x dapat..Sedih ooo part ni, sebiji macam drama Adamaya..(Time ni korang anggapla aku Mia Sara@Amani)Oleh kerana kecewa x dapat izin mak bapak masuk berlumba aku pun jadi trainer fik..


Part tengah-tengah aku banyak lupa. Tapi kalau nak cuba bayangkan, korang bayangkan watak Adnan Sempit.Macam tu la watak dia dalam mimpi aku..Tapi masa yang last-last tu aku siap mimpi fikri masuk motogp sebagai pelumba profesional malaysia. Lepas tu time lumba boleh pulak tapau Valentino Rossi dalam lima tiang lebih kurang..Tapi part yang tak boleh blah masa atas podium.Datin Rosmoh pon ade! Selang seminggu Fik dah dapat pangkat Dato'. Tamat.


Hari ini hari sabtu. Apa aktiviti yang boleh dibuat ha? Weekend yang bosan di Uniten.
Amir pagi-pagi lagi da cabot balik sungai buloh.Untongla rumah dekat.


Notakaki: Adik aku sakit. Doakan dia cepat sembuh ya.

Friday, May 21, 2010

selipar crocs saiz lapan memang sedap.

Nak berdarah jugak hidung bila aku ajar member bawak motor.. Macam orang mabuk minum todi..Sekejap nak mati enjin, sekejap laju, sekejap perlahan balik. Masa nak tukar gear kelam kabut. Clutch pun kadang tarik kadang lupa nak tarik..Jenis langsung tak dengar kata.. Lepas kena lempang sedas, baru boleh bawak motor dengan tertib. Susah juga nak ajar orang bawak motor ni ye dak? Nasib baik tak ada lesen motor lagi.. Kalau tak, dah makan selipar Crocs saiz lapan..

Kepada Fikri Rahmat, tahniah kerana anda baru sahaja melepasi peringkat pertama ujian lesen memandu kelas B2 iaitu cara-cara menghidupkan enjin motosikal dengan betul. Ingat, dimana ada kemahuan di situ ada HIGHWAY.
Oh ya, lagi satu jangan lupa update blog..

Notakaki: Kadang-kadang bila aku balik rumah nenek, cemas juga tengok budak umur 7-8 tahun dah pandai bawak motor.. Kalau dibiarkan tak pasal-pasal ada yang kena tembak.. Budak kampung bukan jenis makan saman..



Thursday, May 20, 2010

Citer je laa


Ceh, tidur je pun..Tapi letih macam baru lepas lari-lari dalam tesco sebanyak sepuluh pusingan..
Nak update pun sampai tak de idea..Cilakak!


Tapi tadi dalam tidur aku termimpi nie..




Notakakikau:Ada sapa-sapa yang boleh tafsir mimpi aku tak?





Tuesday, May 18, 2010

Nuffnang

Seronok bila tengok akaun nuffnang bertambah. Harap-harap boleh dapat 1st payment sebelum habis tahun nie.. Bila dapat tahu si naomei ni dah dapat Rm50 dari nuffnang..Hati gua panas derr..
Kau orang klik laa kuat-kuat sikit kat tepi belah kanan atas tuu..


Okaythxbye..:D

Yeah yes.

It official
You know that I’m missing you
Yeah yes
All I hear is raindrops
And I’m officially missing you

Thursday, May 13, 2010

Mooks Special Edition World Cup Tee





Okay, ini baju paling hip untuk muda mudi masa kini. Kene saving sikit la kalau nak beli..:D

Wednesday, May 12, 2010

A.P.I Pelita



Kollaborasi antara Noh Hujan dengan Lan. Dengarlah.. Nak download tekan sini. Sempoii... :D

Tuesday, May 11, 2010

Google Chrome speed test.

Kalau tak boleh play klik video to a new tab.


Korang cubalah try tengok video clip kat atas tu. Style tak? Apa pendapat korang? Cara dia menunjukkan betapa lajunya browser google chrome memang classic..Two thumbs up..


Notakaki:Okay, aku memang google chrome user yang setia..:D

Lembu paling laju didunia.



















Aku rindu nak kayuh binatang ni.Harap-harap next tournament dapat join.
Sorilah geng tak dapat join MASUM.. Special semester sebenarnya memang nais.. Very nais.. 7 weeks to study before finale.Sekarang dah minggu keempat.. Memang true la kan kalau aku g gatal nak join sports. :/

Tapi takpe, next tournament aku cuba join. :D

Tuesday, May 4, 2010

Ancient History Club


perangan sebijik macam fik

Bukan nak cakap ape la kan. Liverpool season nie memang noob. Fikri rahmat main pun lagi hebat dari steven gerrard.Kelecek bola pandai, ada gaya macam rusdi ramlie. Eh silap, macam Nani..Betul, macam Nani.. Sori eh fik, silap cakap..Ta sengaje.Bila lari boleh saing Theo Walcott. Shoot pulak sebijik macam Kun Aguero.Tapi bila ajak men futsal taknak..Terbaiklah Fik..

Sunday, May 2, 2010

formspringspringform

Haa, sekarang aku dah ada formspring.. Kau orang tau ke formspring tu ape? Mesti tak tau kan? Kalau tak tau g search gugel. Jangan gatal nak pegi tanya kat balai polis. Kang tak pasal-pasal kena headshot.

Kalau ada apa-apa soalan, boleh la tanya aku via formspring. Err, apasal macam weird je sebut formspring? Huh.


Notakaki: Jangan bagi soalan susah sangat! Jangan bagi soalan berkaitan dengan lembu dan kawan-kawannya. Jangan bagi soalan yang merapu merepek meraban.Tapi yang paling penting jangan tanya aku hal-hal berkaitan Hotel Mania.Bukan apa,aku allergik!


Saturday, May 1, 2010

selamat hari buruh..

Setelah 2 bulan aku menyepi.. Aku kembali untuk mengucapkan selamat hari buruh.. Jangan gatal nak pergi keje plak hari ni..


Notakkaki: Amir, tak komen entry ni. Esok kau balik aku terajang lutut kau.
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur