Ohayo, seronok gila cuti.Banyak benda boleh buat.Dah la skarang musim Piala Dunia. Best oo, pat taun skali je kot. Perlawanan malam tadi Jepun menang 1-0 keatas Cameroon. Keisuke Honda yang score. Dengar cerita ayah dia la yang buat prototaip model Honda EX5. Tapi aku rasa itu khabar angin je. Jangan panik.
Okay, hari tu aku kan dah janji nak upload gambar masa kat atas Broga Hill. Korang tengoklah. Terbaik kot. Tapi kali ni gambar dalam versi HDR. Credit to Mrs. Fik. Lawa gamba-gamba yang ekau edit yawww.
Siapa yang tak tahu HDR boleh shut down komputer dan campak komputer tu melalui tingkap rumah korang secara perlahan-lahan. Baca bismillah jangan lupa.
Apis dan kaki Naz.
Haikal ternampak sesuatu!
Oh my Gucci. Fik tengah poop her berry.
Masa kat atas. Aku masih lagi terkejut tentang peristiwa bersejarah tadi.
Aim bercadang untuk terus menetap di sana tapi ditentang keras oleh rakan-rakan yang lain.
Dud mewasiatkan separuh roti gardenia sebelum dia terjun ke bawah.
Broga Hill
Hafiz pantas menuruni lereng-lereng curam kerana ada "bunga" di depan.
Notakaki: Kalau rajin nanti aku post lagi. Banyak lagi gambar cantik2 yang belum tersiar.. Sekarang waktu tidur sebab malam kang nak tengok bola.. Perlawanan malam ni aku target Portugal menang. "Portugal tem de ganhar este jogo!"