Monday, January 31, 2011

Revolusi Mesir

Bila disebut tentang Mesir, apa yang terlintas dalam fikiran aku selama ini ialah Sungai Nil, piramid, mumia, unta, kurma dan juga filem Ayat-Ayat Cinta.. Tapi sekarang baru aku tahu, Mesir moden lebih dari itu..

Hosni Murtabak. Maaf Mubarak. Presiden Mesir yang telah memerintah selama 30 tahun memang seorang yang buruk perangai, gila kuasa dan tidak mementingkan kebajikan rakyat... Lantas, ini menyebabkan rakyat Mesir sudah mula bosan dan tidak berpuas hati dengan tahap kepimpinan beliau yang amatlah celaka sekali.. Bayangkanla 30 tahun memerintah, lama sangat tu.. Siap boleh dapat cucu, kalau aku kahwin sekarang..Out of topic.. Berbalik kepada cerita tadi. Rakyat jadi marah, tapi tak tau nak lepas kat sape. Kemudian ada plak ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkankepada anaknya.. Jadi apalagi.. Rakyat mula memberontak..
Bila masuk waktu, mereka..

.



Separuh masa kedua..

#Krisis1: Rakyat yang memberontak menyebabkan keadaan di Mesir huru-hara.. Bila huru hara, keselamatan rakyat Malaysia semakin teruk.



#Krisis2:- Bila dah huru hara. Standard la.. Berlakunya darurat. Boleh keluar pukul 8 pagi sampai 4 petang je.. Jangan mimpila nak pergi pasar malam.

#Krisis3:-Hosni ni pun pandai jugak.. Dia g bantai sekat Internet dan mobile network. Dia memang silap besar la kan. Dah la kebajikan rakyat terabai, medium sosial untuk rakyat seperti Fb pun dia nak block. Rakyat marahlah.. (Kesian kat ibu bapa pelajar yang terputus hubungan.)


#Krisis4:-Lebih 6,000 banduan terlepas dari penjara. Aku tak tahu la sape dalang.. Mungkin rakyat tak bace signboard penjara kot.. (Yang ni paling bahaya, ada dengar khabar seorang pelajar Malaysia dirogol.. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com)


#Krisis5:- Benda ni memang dah berlaku sebelum krisis, cuma lepas krisis2 di atas. Harga naik mendadak.. Bayangkan laa.. Atm x bleh guna.. Bank kena rompak.. Nak beli makanan pakai apa? Kurma?


Ada lebih kurang 11000 rakyat Malaysia kat sana.. Aku harap Perdana Menteri kita Dato Seri Najib sila ambil berat hal ini.. Sedangkan negara-negara lain dah hantar kapal terbang sendiri.. Kita bila lagi.. Lagi satu, aku paling benci kalau nak asing2kan misi menyelamat.. Tak kisahla, student tu amik Medic ke Syariah ke.. Semua sama je kan.. Kata 1Malaysia..


*Update:"maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab)..
mereka memberikan amaran bahawa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarkan peperangan all out (civil war) pada dua februari.. Wallahualam..

Sumber:googleleaks, http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan facebook.

Tuesday, January 25, 2011

Siti Aminah ketawa jerit-jerit





Gua post video Siti Aminah ni dekat facebook pada 21 January..
Gua tonton video lepat pada 22 January..
Tapi kenapa sekarang 25 January baru gua perasan yang Siti Aminah ni anak Lepat?
Cilakak! Comel dowh..


Notakaki: Siti Aminah ialah anak perempuan Ismail Lepat hasil perkahwinan kedua beliau dengan Ave Caesarina, seorang rakyat German. Ismail Lepat dan Ave Caesarina tu dua-dua boleh search kat facebook dia punya profile.. Siti Aminah takde facebook. Jadi jangan ngade-ngade nak search.

Monday, January 24, 2011

Ismail Lepat Pertikai Sistem Politik Malaysia



Kadang-kadang kita kena ambil tahu isu semasa.. Lu tengok video ni kemudian lu renungkan.. Setakat video berdurasi sejam apa ada hal.. Dia dah menunggu 13 tahun beb.. Dari zaman Mahathir lagi.. Memang real.

Sunday, January 23, 2011

Manusia rajin lain macam..



Gua ada kawan. Nama dia fik.. Bilik dia sebelah bilik gua..Dia ni rajin gila. Dia jugak memang seorang yang ringan tulang, jarang mengeluh, sentiasa bersyukur, berperwatakan menarik, sopan santun, kemas, menutup aurat, menjaga tata tertib, menghormati orang yang lebih tua dan gemar mencuci kereta.. Tak percaya? Lu tengok gambar dibawah..







Notakaki: Thanks fik..Lu takde hidden agenda kan kan kan??

Wednesday, January 19, 2011

Cerita malam dua hari lepas..

Jam tepat menunjukkan pukul 2.17 pagi. Mata gua masih lagi terkebil-kebil menahan ngantuk.. Gua kalau tak dapat nescafe mengantuknya memang tak nak kalah. Jadi gua bingkas bangun dan melakukan aktiviti yang dinamakan lari setempat. Bila rasa badan dah panas sikit gua stop. Gua baring dekat katil sambil tangan memegang nota kecil gua. Malam ni gua dah nekad yang gua tak nak tidur.. Banyak lagi yang gua belum ingat..Ujian esok menentukan jatuh bangun gua dalam industri Information Technology..



Masa gua selak chapter yang pertama.. Gua baca pasal apa itu project management.. Sekali-sekala sempat juga gua angguk-angguk tanda paham. Ada juga yang gua kena baca dua tiga kali baru dapat tangkap dia punya makna.. Gua senyum-senyum.. Dalam hati memang dah yakin boleh jawab esok..

Kemudian gua masuk chapter dua.. Dia cerita pasal step wise..Ada sepuluh step semuanya.. Dalam baca-baca gua cuba hafal dan fahami maknanya sekali.. Sedang leka gua menghafal, gua pejam kejap.. Oh, seronoknya pejam mata time ngantuk macam ni.. Gua sambung baca nota.. Kemudian gua pejam lagi.. Kali ni memang feel habis.. Gua tertidur..


********


Esoknya, gua terkebil-kebil menjawab ujian dalam kelas yang sejuk gila babi..

Ingat 10 perkara

Tak banyak benda yang aku nak kongsi kali ini. Cuma ada beberapa perkara penting yang patut aku beritahu.

1.Paper semalam boleh tahan dia punya susah.
2.Aku nak balik hujung minggu ni tapi next week ada 3 paper.
3.Aku sepatutnya dah mula belajar cara menggunakan library dengan betul.
4.Ipod touch itu cool.
5.Rindu dekat motor.
6.Manchester United adalah champion epl.
7.Manakala liverpool itu ........(sila sambung sendiri)
8.Sekarang ni memang lebih cenderung membaca blog daripada menulis blog.
9.Twitter dah boleh jadi hobi.
10.Games angry birds memang boleh buat orang ketagih..




Notakaki:Kepada mereka yang komen photoblog aku.. Terima kasih daun keladi. Maaflah.. Aku baru perasan hari ni.. :)
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur