Monday, January 31, 2011

Revolusi Mesir

Bila disebut tentang Mesir, apa yang terlintas dalam fikiran aku selama ini ialah Sungai Nil, piramid, mumia, unta, kurma dan juga filem Ayat-Ayat Cinta.. Tapi sekarang baru aku tahu, Mesir moden lebih dari itu..

Hosni Murtabak. Maaf Mubarak. Presiden Mesir yang telah memerintah selama 30 tahun memang seorang yang buruk perangai, gila kuasa dan tidak mementingkan kebajikan rakyat... Lantas, ini menyebabkan rakyat Mesir sudah mula bosan dan tidak berpuas hati dengan tahap kepimpinan beliau yang amatlah celaka sekali.. Bayangkanla 30 tahun memerintah, lama sangat tu.. Siap boleh dapat cucu, kalau aku kahwin sekarang..Out of topic.. Berbalik kepada cerita tadi. Rakyat jadi marah, tapi tak tau nak lepas kat sape. Kemudian ada plak ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkankepada anaknya.. Jadi apalagi.. Rakyat mula memberontak..
Bila masuk waktu, mereka..

.



Separuh masa kedua..

#Krisis1: Rakyat yang memberontak menyebabkan keadaan di Mesir huru-hara.. Bila huru hara, keselamatan rakyat Malaysia semakin teruk.



#Krisis2:- Bila dah huru hara. Standard la.. Berlakunya darurat. Boleh keluar pukul 8 pagi sampai 4 petang je.. Jangan mimpila nak pergi pasar malam.

#Krisis3:-Hosni ni pun pandai jugak.. Dia g bantai sekat Internet dan mobile network. Dia memang silap besar la kan. Dah la kebajikan rakyat terabai, medium sosial untuk rakyat seperti Fb pun dia nak block. Rakyat marahlah.. (Kesian kat ibu bapa pelajar yang terputus hubungan.)


#Krisis4:-Lebih 6,000 banduan terlepas dari penjara. Aku tak tahu la sape dalang.. Mungkin rakyat tak bace signboard penjara kot.. (Yang ni paling bahaya, ada dengar khabar seorang pelajar Malaysia dirogol.. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com)


#Krisis5:- Benda ni memang dah berlaku sebelum krisis, cuma lepas krisis2 di atas. Harga naik mendadak.. Bayangkan laa.. Atm x bleh guna.. Bank kena rompak.. Nak beli makanan pakai apa? Kurma?


Ada lebih kurang 11000 rakyat Malaysia kat sana.. Aku harap Perdana Menteri kita Dato Seri Najib sila ambil berat hal ini.. Sedangkan negara-negara lain dah hantar kapal terbang sendiri.. Kita bila lagi.. Lagi satu, aku paling benci kalau nak asing2kan misi menyelamat.. Tak kisahla, student tu amik Medic ke Syariah ke.. Semua sama je kan.. Kata 1Malaysia..


*Update:"maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab)..
mereka memberikan amaran bahawa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarkan peperangan all out (civil war) pada dua februari.. Wallahualam..

Sumber:googleleaks, http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan facebook.

2 comments:

iffah imani said...

seram dengar oi...

deqda said...

tulisan yg bagus.
doa kan kesejahteraan umat.
ameen :)

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur