Monday, March 5, 2012

Adik R Six

Seronok rupanya bekerja ni. Cuma yang tak seronoknya. Hari hari aku kena gosok baju. Ah, kerja gosok ni ni yang buat aku rasa awkward. Tak tahu kenapa. Pelik.

Jumaat lepas genap sebulan aku buat praktikal. Semakin hari aku rasa makin comfortable dengan kerja aku sekarang. Everyday aku jumpa kawan kawan baru. Walaupun kebanyakkannya memang dah berumur, tapi dengan diorang lah aku gain knowledge sikit sikit. Join sembang dengan orang tua ni standard la rasa pelik sikit tapi setakat ni diorang okay and friendly. Sampaikan aku malas nak balik kerja ontime. Duduk rumah pun bosan tak tau nak buat apa. Haishh.

Esok, macam biasa bangun pukul lima setengah pagi. Habiskan masa setengah jam online facebook dengan twitter. Mandi, solat subuh dan bersiap bagai, bertolak before 7 a.m dan sampai office dalam pukul 7.40 lebih kurang. Baca paper the star sambil tunggu kerani ajak breakfast dekat cafe. 8.30 a.m setel breakfast dan start kerja. Kalau ada kerja memang tak perasan jam dah nak dekat lunch hour. Kalau takde kerja memang mati kutu. Kejap kejap tanya supervisor ada kerja tak. Kalau takde aku pergi kacau officemate yang lain. Kalau bosan, aku turun tingkat 5 lepak dekat ict department.  Lunch hour pun lepak makan dengan diorang. Habis lunch hour sambung kerja sampai petang. Kalau malas nak balik awal and still ada kerja yang perlu di setelkan boleh buat overtime. Nak sambung esok pun boleh. Fleksibel. 

Hari hari weekdays macam ni lah kerja aku selama sebulan. Setakat ni aku rasa okay lagi, walaupun aku rasa ianya memang change life aku 360 degree. Tak macam masa study dulu. Most of the time hidup penuh relaks kecuali bila ada assignment, presentation, quiz, test and exam. Amboi, janganla buat muka pelik macamtu, korang pun serupa je kan. Tak nak mengaku lettew.

Dah dapat permanent job nanti, kenalah start kumpul duit sebab impian aku nak beli adik ni. Eh.
Adik R6

2 comments:

blog-tips-kurus said...

beli! beli!
tapi beli mahal-mahal, tetap kena hujan tu.. ;)

ehsansniper said...

kena hujan kalau hujan kak.. :p

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur