Sunday, April 24, 2011

Penunggu Istana


Seronoknya cuti. Tapi bila lama sangat rasa bosan pulak. Adess. Lambat lagi ke nak masuk study balik neh? Dah tak lalu nak menunggu.

Semalam pergi Jasko dengan member. Sampai sampai je terus pergi bantai tengok wayang.. Lama jugak aku dah tinggalkan scene wayang ni. Filem terakhir yang aku tengok pun aku dah lupa. Tak silap aku dekat dua bulan kot tak pergi cinema. Lama eh? Korang rasa??

Sampai-sampai je kat tempat wayang. Dah blank tak tahu nak tengok cerita apa. Takkan nak tengok Never Say Never kot. Gila apa. Last-last tengok Penunggu Istana. Orang cakap best. Terus pergi kaunter beli tiket. Yang jaga kaunter ni pun cun jugak. Ni mesti baru habis SPM ni.

Penunggu Istana. Sebuah horror documentary (bukan film) yang ceritanya ala-ala cerita Paranormal Activities mengisahkan tentang lima orang pelajar yang cuba merungkai misteri di sebalik kejadian aneh yang dikaitkan dengan sebuah istana lama di Papan, Perak yang dikenali sebagai Istana Billah. Istana Billah ni istana keturunan orang Mandailing.Dekat sini la diorang buat kajian. Diorang ada collaborate dengan Uncle Seekers sebab Uncle Seekers ada gadjet ghostbuster. Tak sampai seminggu kaji punya kaji diorang dah dapat satu footage terbaik. Footage tingkap bukak sendiri. So kajian diorang dah kira berjaya la ni. Tapi diorang still tak puas hati lagi. Diorang g bantai buat fake footage.. Uncle Seekers mase tu dah blah dah. Yang tinggal student ni je. Masa ni mula lah diorang buat benda bukan-bukan untuk seru entiti. Ade ke patut diorang cuba panggil entiti dengan menggunakan iPad. Bukan iPad apple tu. Ni iPad lain. Memang nahas la. Kalau nak tau lebih lanjut. Gi cakap kat akak kaunter cinema. "Kak, nak tiket Penunggu Istana (____) keping." Karang kalau aku cerita kat sini dah tak saspen laa.














Notakaki: Bagi aku, cerita ni memang menarik walaupun mula-mula nampak macam kureng je. Tapi bila dah sampai part klimaks memang terbaik.. Tak tahu la bagi korang.:)

Friday, April 22, 2011

Alien dijumpai di Russia


Sejak dua menjak ni, kalau korang perasan lah. Scene UFO makin menjadi-jadi. Baru-baru ini, dunia telah digemparkan dengan penemuan UFO yang terhempas di Siberia, Russia. Pergh, sadis betul alien tu tau. Kaki putus. Macam eksiden mat rempit pun ada.. Apa-apa pun korang tengoklah.




Bila tengok video ni. I'm just curious. Alien ni amphibia ke? I mean bila tengok badan dia macam katak pun ada.. Keh keh keh..


Alien putus kaki

Ni lagi satu, kes UFO terpacak di atas Baitul Maqdis Januari lepas. Kalau tengok video ni dekat youtube memang banyak evidence. So nak cakap fake memang susah. Banyak video cam yang merakam dari different angle. Ramai yang cakap yang UFO ni memang laju.. So, tengok sendiri laju ke tak UFO ni..





Kena tengok dengan mata kepala sendiri. Baru puas hati. So, kepada semua alien yang membaca blog ini. Welcome to Malaysia. Spesies transformers amatlah di alu-alukan. Okthanksbye.

Thursday, April 21, 2011

Copa Del Rey



Semua orang tahu awal pagi tadi Real Madrid berjaya menjuarai Piala Raja Sepanyol (Copa Del Rey) setelah mengalahkan Barcelona dengan gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada masa tambahan..

Setelah 18 tahun menunggu, akhirnya Copa Del Rey menjadi milik mereka. Tahniah diucapkan buat skuad Real Madrid. Bukan senang nak lawan kelab macam Barcelona ni. Diorang main gila cantek. Lagipun, dulu Real dah pernah kena 5 bijik dengan Barcelona ni. Nasib baik diorang ada jurulatih macam Jose Mourinho. The Special One tu. Jangan main-main. Kalau musim ini menang treble memang godlike lah. Arsene Wenger mesti cemburu. Datuk Trio tak tahulah pulak.

Ok, ini ada satu video cantek. Seronok tengok fans diorang eksaited menang Copa Del Rey. Baik korang tengok betul-betul. Nampak macam ada benda jatuh.




Pergh, ini tangan jenis cepat berpeluh la ni. Kalau eksaited pun pada-padalah. Sampai terlepas Piala tu. Sampai hati betul. Penat tau abam Ronaldo tanduk bola bagi masuk gol.


Kena lenyek dari depan sampai belakang. Memang fail.jpg





Abam Sergio Ramos




Tengok tu, dah jatuhkan Piala tersengih plak macam kerang busuk.







Notakaki: Dia Twitter tadi. Dia cakap jangan risau. It will be fine.

Friday, April 15, 2011

Pengalaman saya berhadapan dengan Pemain Bolasepak Perak

Malam semalam sempat juga la aku pergi jumpa pemain-pemain Perak dekat Greentown Mall. Sampai sampai sana je kaki aku dah kena tackle dengan Chan Wing Hoong dan Syazwan Roslan. Nasib baik aku sempat berpaut dekat kaki Nanthakumar. Pergh, kalau tak memang aku dah terjatuh dah. Malu la ada awek belakang tengok. Si Akmal Rizal dengan Syafik Jamal dari tadi dah tersengih-sengih macam kerang busuk pandang aku. Sabooo je la.

Apa?! Tak percaya?? Korang tengok la sendiri. Aku dah kabor.


Ternganga Akmal Rizal bila nampak aku ada kat situ.



Wing Hoon dengan anak dia. Syafik Jamal steady pandang kamera.


Abam Nantha.


SilverState Ultras Perak



Wednesday, April 13, 2011

Taboo

Tadi, I keluar dengan emak I. Jalan-jalan dekat bandar Ipoh. Dipendekkan cerita, masa lalu depan pasaraya Tesco Extra. Emak I tanya,

"Along, dekat Tesco ni dah tak ramai orang datang lah. Dah tak laku ke?"

Dalam sesak-sesak tu sempat juga I jeling keluar tingkap kereta. Tempat parking kelihatan lengang. Nisbah troli dengan kereta memang tak masuk akal. Kemudian selamba je I jawab,

"Dah nak dekat maghrib mak. Setan banyak kat luar."

Dengan muka tak bersalah, I sambung nyanyi lagu Sedetik Lebih.

Notakaki: I dulu masa umur 6 - 7 tahun memang kena balik rumah sebelum maghrib. Kalau lambat nanti kene sorok dengan hantu kopek. Emak yang cakap.

Saturday, April 9, 2011

Jambu

Serious shit Maharaja Lawak Minggu ke-2 malam semalam memang terbaik. Kelakar gila weh. Jozan dengan Sepah memang kelakar tak ingat. Lagi 1, aku sikit pun tak expect Jambu boleh pergi jauh. Last2 dioranglah yang paling kelakar semalam. Terbaaaaeklah.









Harap dapat kekalkan momentum.







Thursday, April 7, 2011

Kau ada?



Selepas 9 perlawanan dalam saingan Malaysian Super League. Perak masih lagi unbeatable.Makan apa player2 perak ni. Hebat bebeno.






Amacam? Kau ada?? Keh keh keh.

Wednesday, April 6, 2011

Fan Barcelona


Hari ni aku tak ke mana-mana. Keluar rumah pun sebab hantar&ambil adik balik sekolah dengan pergi kedai beli barang dapur sikit. Ingat esok nak pergi mendaki sikit lah. Biar badan fit sikit. Makin lama duduk rumah makin risau dibuatnya. Mana taknya, kejap2 asyik nak mengunyah je kerjanya. Bahaya sungguh. Boleh sakit tau.

Bosan dengan FB & Twitter, aku bukak blog. Baca blog2 orang lain, dah memang hobi aku jadi silent reader blog orang. Nak mengomen tu jangan harap ler. Malas bebeno. Tapi sejak akhir2 ini aku perasan blog2 yang aku baca banyak yang menghidangkan cerita tentang Video Clip Dato T. Memang haru sungguh.

Oh ya, sebenarnya malam ini perasaan aku agak berdebar-debar sedikit. Tapi dia punya tahap berdebar takdelah teruk sangat. Boleh maintain lagi. Bagi sesiapa yang tak tahu. Awal pagi ni ada perlawanan bola sepak di antara kelab Chelsea dan juga kelab Manchester United untuk Piala Liga Juara-Juara Eropah. Nasihat aku kepada team Manu, hati2 dengan John Terry. Dia sangat berbahaya di dalam dan di luar padang. Jaga-jaga.

Lagi 1 match melibatkan Barcelona dengan Shakhtar Donetsk. Dalam game ni aku sokong Shakhtar laa. Korang nak tau tak sebab apa aku sokong kelab Shakhtar ni walaupun pada hakikatnya kelab ni takde la power mana.

Sebaaaaab kelab Barcelona dah ada fan yang baru........ Nasib nasib




Tuesday, April 5, 2011

Infection


Hari ini aku rasa tak berapa nak sihat. Letih lain macam. Lepas balik dari pusat servis kereta petang tadi. Rasa macam nak terus tidur je.Dah la petang ni hujan.Alahai.Mengundang betul.


Dengar cerita dalam beberapa hari lagi Celcom akan memperkenalkan perkhidmatan baru. Dia punya gimik tak tahaaaaan. Menjadi betul.Sampaikan ada yang cakap ini agenda freemason la. Illuminati la. Macam-macam aku dengar. Nasib baik diorang tak kaitkan dengan isu pengharaman poco-poco. Walau apa-apa pun, kepada Celcom tahniah aku ucapkan. Mengundang tanda tanya buat pengguna memang menyeronokkan bukan?




Its not fun. Its funny.



Celcom Kolony

Monday, April 4, 2011

Usop Wilcha


Tak sangka betul. Penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) memang awesome. Tengoklah semalam, masa gimik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sewaktu penyampaian hadiah memang kelakar habis. Aku tak boleh tahan gelak semalam. Tak tahu kenapa.Wujudnya si Usop Wilcha memang memeriahkan suasana ABPBH malam tadi. Siapa setuju sila angkat tangan macam saaaaaaaaaaaaaaaaya.

Siapa Usop Wilcha ni sebenarnya? Memang dia betul betul lembut atau saja buat buat lembut? Korang tahu tak?? Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri ni sebenarnya bukanlah bekas penari kebudayaan. Dia bukan nyah ya.Tapi dalam dunia sebenar dia nimemegang jawatan besar sebagai Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat gergasi yang terbabit dalam industri minyak dan gas sejak empat tahun lalu. Gila beb. Pengurus pun boleh melakonkan watak yang macam tu punya kelakar. Aku tak dapat bayangkan langsung. Orang orang macam ni lah kita respek. Serba boleh. Bila aku search dekat Youtube semalam. Nasib baik videonya ada. Nak tengok banyak kali pun boleh.








*Lagu soley soley memang layan.

*Johan gila kelakar.

*Celaka Johan menari poco-poco. Tak makan saman sungguh. Kelakar habis.

*Satu pentas angkat tangan macam usop wilcha

*Sharifah Shahira dengan Raja Azura kalut sangat lah pasal overrun. Dah la cakap nak menjerit je.

*Zizan berdebar sungguh. Ingat menang lah tu. Diam je dia.

*Tahniah Shaheizy Sam

Sunday, April 3, 2011

Sekilas EPL


Bagi tumbukan padu ke udara satu kali.


Kemenangan Manchester United menentang kelab West Ham malam tadi setelah ketinggalan dua gol menerusi sepakan penalti menunjukkan bahawa Manchester United memang kelab yang hebat habaq hang.. Mana taknya, penyerang sensasi Wayne Rooney menjaringkan hat-trick dalam tempoh kurang 15 minit habaq hang. Apa makan budak Rooney ni aku pun tak tahu. Tapi ada desas-desus mengatakan bahawa Rooney menggemari Nasi Goreng Belacan. Entah betul entah tidak aku kurang pasti. Mungkin khabar angin barangkali.


Opocot! Terkejut taw.

Manakala Chelsea yang bertandang ke Britannia Stadium di Stoke-on-Trent pulang dengan satu mata setelah perlawanan berkesudahan seri satu sama. Gol Stoke City hadir pada minit ke-8 manakala Didier Drogba lantas menyelamatkan maruah pasukan dengan gol pada minit ke-33. Nando's Torres pula tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya memanaskan badan di atas padang selama 30 minit.

Mamat ni dah banyak kali kena bolos. Patut cari keeper baru.

Asal buat muka macam ni? Sangat tak comel ok.

Arsenal menentang Blackburn Rovers berkesudahan seri tanpa jaringan begitu juga Wigan Athletic yang menentang Tottenham Hotspurs. Aku sebenarnya risau dengan Arsenal. Diorang ni bukannya tak hebat, cuma diorang perlukan seorang penjaga gol yang berwibawa. Tottenham Hotspurs pulak main bola nak main-main je kerjanya. Macam mana nak lawan Real Madrid ni Tottenham? Tiru kelab Arsenal punya perangai la tu.



Cuba teka apa makanan kegemaran Suarez?

Buat Liverpool, aku respek diorang. Sanggup kalah semata-mata tak mahu kecikkan hati pihak lawan. Susah nak dapat kelab yang begitu baik hati cenggini. Apatah lagi di dalam dunia yang serba moden dan berkembang. Memang Rare lah! Bulan 7 ni liverpool datang Malaysia kan?? Jangan lupa pergi Spa-Q mandi bunga ok. Jangan gatal-gatal nak pergi berurut sudah. Karang kelain pulak. Tak pasal-pasal nanti turun second league!




Notakaki: Di Stadium Ipoh, pasukan Perak menang satu kosong ketika menentang Felda United.Satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam MSL. Apa ada hal.

Friday, April 1, 2011

Fukushima 50 Faceless Heroes




Pernah dengar tentang Fukushima 50 Faceless heroes tak? Yes, dioranglah benteng terakhir dalam mengawal keadaan dekat reaktor nuklear kat Japan tuh. Diorang kebanyakkannya technician and tugas utama diorang ialah mengepam air laut bagi menyejukkan reaktor yang dah meletup dan mengeluarkan sisa-sisa radioaktif.


Kenapa diorang ni dipanggil hero? Takkan la korang tak tahu nuklear tu bahaya, kena sikit dah boleh dapat kanser tau tak.. Kena banyak boleh mati.. Tapi tak pernah plak dengar yang jadi mutan disebabkan radiasi nuklear ni. Huh. So hero-hero ni semua mengorbankan diri mereka dalam melakukan tugas yang dianggap tak berbaloi langsung untuk dibuat. Bayangkan lah, bila setel je tugas-tugas ni. Jumlah radiasi yang diorang dapat memang terlalu tinggi. Diorang tak dapat nak hidup lama. Kebiasaannya, dua tiga minggu kemudian diorang dah jalan. Kerja ni bukan main-main ya saudara-saudara.





Sebab tu bila Malaysia cadang nak bina reaktor nuklear pertama pada tahun 2021 aku tak berapa sokong sangat. Bukan apa, negara kita ni memang tiada gempa bumi. Tapi yang peliknya, bina makmal komputer pun dinding boleh runtuh, bina stadium atap plak yang runtuh, buat rumah duduk belum sampai setahun retaknya dah banyak kemain lagi. So, aku musykil jugak kadang-kadang bila dengar benda-benda macamnie.

Lagi satu, isu nak buat tempat pemprosesan rare earth terbesar didunia dekat Gambang Kuantan aku langsung tak sokong. Buat apa kita mengorbankan orang lain bila kita duduk bersenang lenang. Kesian la orang kat Gambang tu..Betul tak? Kalau nak buat jugak, kita buat dekat sebelah rumah Datin Rosmoh la. Apa ada hal.



Ini pula isu maid askar singapore yang kuat lagi gagah berani.


Kalau macam ni la askar singapore. Esok jugak aku hantar adik perempuan aku masuk askar. Manja nak mampos!

1 April

Blog aku hari ni takde April Fool. Jangan risau..

Hari ni, aku tak rasa gembira sangat.. Entah kenapa. Nak kata pms, jauh sekali.. Mungkin risau sangat ni.. Dah seminggu tak dengar khabar berita.. Cewah.

Mulai hari ini, 30 days challenge telah diaktifkan.. Apa yang 30 days challenge tu.. Biarla rahsia dulu.. Semua benda korang nak tahu.. Tak misterius langsung la macam ni!

Ok, dah lapar. Nak pergi makan nasik! Harap-harap tiada siapa yang berani cuba-cuba mengaprilfoolkan nasik aku..

Out.
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur