Friday, April 1, 2011

Fukushima 50 Faceless Heroes




Pernah dengar tentang Fukushima 50 Faceless heroes tak? Yes, dioranglah benteng terakhir dalam mengawal keadaan dekat reaktor nuklear kat Japan tuh. Diorang kebanyakkannya technician and tugas utama diorang ialah mengepam air laut bagi menyejukkan reaktor yang dah meletup dan mengeluarkan sisa-sisa radioaktif.


Kenapa diorang ni dipanggil hero? Takkan la korang tak tahu nuklear tu bahaya, kena sikit dah boleh dapat kanser tau tak.. Kena banyak boleh mati.. Tapi tak pernah plak dengar yang jadi mutan disebabkan radiasi nuklear ni. Huh. So hero-hero ni semua mengorbankan diri mereka dalam melakukan tugas yang dianggap tak berbaloi langsung untuk dibuat. Bayangkan lah, bila setel je tugas-tugas ni. Jumlah radiasi yang diorang dapat memang terlalu tinggi. Diorang tak dapat nak hidup lama. Kebiasaannya, dua tiga minggu kemudian diorang dah jalan. Kerja ni bukan main-main ya saudara-saudara.





Sebab tu bila Malaysia cadang nak bina reaktor nuklear pertama pada tahun 2021 aku tak berapa sokong sangat. Bukan apa, negara kita ni memang tiada gempa bumi. Tapi yang peliknya, bina makmal komputer pun dinding boleh runtuh, bina stadium atap plak yang runtuh, buat rumah duduk belum sampai setahun retaknya dah banyak kemain lagi. So, aku musykil jugak kadang-kadang bila dengar benda-benda macamnie.

Lagi satu, isu nak buat tempat pemprosesan rare earth terbesar didunia dekat Gambang Kuantan aku langsung tak sokong. Buat apa kita mengorbankan orang lain bila kita duduk bersenang lenang. Kesian la orang kat Gambang tu..Betul tak? Kalau nak buat jugak, kita buat dekat sebelah rumah Datin Rosmoh la. Apa ada hal.



Ini pula isu maid askar singapore yang kuat lagi gagah berani.


Kalau macam ni la askar singapore. Esok jugak aku hantar adik perempuan aku masuk askar. Manja nak mampos!

2 comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur