Sunday, April 3, 2011

Sekilas EPL


Bagi tumbukan padu ke udara satu kali.


Kemenangan Manchester United menentang kelab West Ham malam tadi setelah ketinggalan dua gol menerusi sepakan penalti menunjukkan bahawa Manchester United memang kelab yang hebat habaq hang.. Mana taknya, penyerang sensasi Wayne Rooney menjaringkan hat-trick dalam tempoh kurang 15 minit habaq hang. Apa makan budak Rooney ni aku pun tak tahu. Tapi ada desas-desus mengatakan bahawa Rooney menggemari Nasi Goreng Belacan. Entah betul entah tidak aku kurang pasti. Mungkin khabar angin barangkali.


Opocot! Terkejut taw.

Manakala Chelsea yang bertandang ke Britannia Stadium di Stoke-on-Trent pulang dengan satu mata setelah perlawanan berkesudahan seri satu sama. Gol Stoke City hadir pada minit ke-8 manakala Didier Drogba lantas menyelamatkan maruah pasukan dengan gol pada minit ke-33. Nando's Torres pula tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya memanaskan badan di atas padang selama 30 minit.

Mamat ni dah banyak kali kena bolos. Patut cari keeper baru.

Asal buat muka macam ni? Sangat tak comel ok.

Arsenal menentang Blackburn Rovers berkesudahan seri tanpa jaringan begitu juga Wigan Athletic yang menentang Tottenham Hotspurs. Aku sebenarnya risau dengan Arsenal. Diorang ni bukannya tak hebat, cuma diorang perlukan seorang penjaga gol yang berwibawa. Tottenham Hotspurs pulak main bola nak main-main je kerjanya. Macam mana nak lawan Real Madrid ni Tottenham? Tiru kelab Arsenal punya perangai la tu.



Cuba teka apa makanan kegemaran Suarez?

Buat Liverpool, aku respek diorang. Sanggup kalah semata-mata tak mahu kecikkan hati pihak lawan. Susah nak dapat kelab yang begitu baik hati cenggini. Apatah lagi di dalam dunia yang serba moden dan berkembang. Memang Rare lah! Bulan 7 ni liverpool datang Malaysia kan?? Jangan lupa pergi Spa-Q mandi bunga ok. Jangan gatal-gatal nak pergi berurut sudah. Karang kelain pulak. Tak pasal-pasal nanti turun second league!




Notakaki: Di Stadium Ipoh, pasukan Perak menang satu kosong ketika menentang Felda United.Satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam MSL. Apa ada hal.

2 comments:

saperakue said...

aku tak senang duduk first half tp bila second half aku lagi tak senang duduk sebab asyik meloncat2...

p/s: terbaik la perak tp aku penyokong trw =_='

ehsansniper said...

Haha, samelah..Nasib baik menang.

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur