Monday, April 4, 2011

Usop Wilcha


Tak sangka betul. Penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) memang awesome. Tengoklah semalam, masa gimik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sewaktu penyampaian hadiah memang kelakar habis. Aku tak boleh tahan gelak semalam. Tak tahu kenapa.Wujudnya si Usop Wilcha memang memeriahkan suasana ABPBH malam tadi. Siapa setuju sila angkat tangan macam saaaaaaaaaaaaaaaaya.

Siapa Usop Wilcha ni sebenarnya? Memang dia betul betul lembut atau saja buat buat lembut? Korang tahu tak?? Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri ni sebenarnya bukanlah bekas penari kebudayaan. Dia bukan nyah ya.Tapi dalam dunia sebenar dia nimemegang jawatan besar sebagai Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat gergasi yang terbabit dalam industri minyak dan gas sejak empat tahun lalu. Gila beb. Pengurus pun boleh melakonkan watak yang macam tu punya kelakar. Aku tak dapat bayangkan langsung. Orang orang macam ni lah kita respek. Serba boleh. Bila aku search dekat Youtube semalam. Nasib baik videonya ada. Nak tengok banyak kali pun boleh.








*Lagu soley soley memang layan.

*Johan gila kelakar.

*Celaka Johan menari poco-poco. Tak makan saman sungguh. Kelakar habis.

*Satu pentas angkat tangan macam usop wilcha

*Sharifah Shahira dengan Raja Azura kalut sangat lah pasal overrun. Dah la cakap nak menjerit je.

*Zizan berdebar sungguh. Ingat menang lah tu. Diam je dia.

*Tahniah Shaheizy Sam

7 comments:

afifahramli said...

sakit perut tahan gelak :p

ehsansniper said...

Betul2.. :D

blog-tips-kurus said...

amboi!!! pakar mengulas ni. sgt x sangka bahawa en usop itu 'bos'!!
betul2 multi-skills!! :-)

ehsansniper said...

thanks blog-tips-kurus.:)

Unknown said...

ABP kali ini antara terbaik...

ehsansniper said...

Betul bro..huhu

bksempoi said...

company Tanjung Offshore tempat dia berkhidmat.

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur