Friday, November 28, 2008

Mumbai diserang..

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 195 orang terbunuh, manakala kira-kira 315 lagi cedera dalam serangan pengganas di sembilan tempat, termasuk dua hotel mewah dan dua hospital di bandar raya ini lewat malam kelmarin dengan sasaran pelancong Britain dan Amerika Syarikat.

Dalam serangan bersiri itu, sekurang-kurangnya 15 tebusan turut ditahan, manakala lebih 100 lagi, termasuk seorang wanita rakyat Malaysia dikhuatiri terperangkap dalam bilik masing-masing di Hotel Taj Mahal, sebuah hotel terkenal berusia 105 tahun.

Sehingga lewat petang semalam, komando India dikatakan sudah membebaskan semua tebusan di Hotel Taj Mahal, manakala tebusan lain di Hotel Trident dan Oberoi masih ditahan kumpulan pengganas terbabit.

Anggota militan berkenaan yang masuk ke sini dengan bot kelmarin, dilapor melepaskan tembakan secara rambang menggunakan senjata automatik AK47 dan melemparkan bom tangan sebelum merampas dua hotel berkenaan.

Sebuah kafe terkemuka, Cafe Leopold serta stesen keretapi paling sibuk di bandar raya ini, Terminal Chhatrapati Shivaji (CST), turut menjadi sasaran serangan itu yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Deccan Mujahideen yang tidak begitu dikenali.

Siaran televisyen menunjukkan lelaki bersenjata itu menembak secara rambang dari sebuah trak ketika kenderaan berkenaan bergerak di sebuah jalan raya Mumbai.


Menurut saksi, penyerang itu yang memakai baju T dan jean nampak seperti lelaki keturunan Asia Selatan dan berusia dalam lingkungan 20-an, sebahagian besarnya orang India yang bertutur loghat Hindi atau Urdu.

Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, R R Patil, dipetik Reuters sebagai berkata 100 atau 200 orang mungkin berada dalam hotel berkenaan ketika serangan itu.

"Kami tidak dapat memberi angka yang tepat kerana sebahagian besar tetamu mengunci diri mereka di dalam bilik.

"Ada kemungkinan 10 hingga 12 pengganas di dalam hotel. Tiada rundingan dilakukan dengan pengganas," katanya

Malah, selepas 17 jam siri serangan itu berlaku, pasukan keselamatan India dan kumpulan pengganas sekali sekala dilihat masih berbalas tembak.

Konsul Jeneral Malaysia di sini, Wan Zaidi Wan Abdullah, berkata lapan pelancong Malaysia berada di bandar raya ini, tetapi hanya tujuh dapat dikesan kecuali wanita berkenaan, dikenali Hema Kasi Pillay, 51.

Ketua pegawai operasi sebuah syarikat dari Selangor itu, menginap di Hotel Taj Mahal sejak Selasa lalu dan masih belum mendaftar keluar sebelum hotel berkenaan diserang pengganas.

"Hema dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel itu kerana namanya tidak ada dalam senarai tebusan yang diselamatkan pasukan komando India," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pula mengesahkan seorang rakyatnya terkorban, tetapi angka kematian mungkin lebih ramai lagi. Dua orang turut cedera dalam kejadian itu.

Kementerian Luar Jepun turut mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyatnya terkorban dan seorang cedera.

Sebuah stesen televisyen melaporkan, penyerang itu menjadikan rakyat Britain dan Amerika sebagai sasaran ketika mereka mengumpulkan tebusan, sementara polis berkata seorang paderi Yahudi juga ditahan kumpulan itu di sebuah apartmen di bandar raya ini.

Sementara itu, seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sahadullah, dilaporkan mengaku terbabit dalam serangan di Hotel Trident dan Oberoi bersama enam penyerang lain serta mendesak agar anggota militan Islam dibebaskan daripada penjara India.

"Bebaskan semua mujahideen dan jangan mengganggu orang Muslim di India," katanya kepada televisyen India menerusi telefon..

Sumber daripada berita harian online..Klik SINI...

Sayang sama sekali,mereka yang terlibat masih lagi muda...

Banyak lagi cara lain yang lebih mulia dalam memperjuangkan agama Islam...

Tetapi,bukan dgn cara menembak orang awam yg tidak berdosa sesuka hati..

Sebab, matlamat sama sekali tidak pernah menghalalkan cara..

Renung-renungkan....

1 comment:

cik manis said...

terkejut wei dgr brite ni kt bletin tv3..
T_T

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur