Petang semalam aku lepak kat cafe coit.."Petang-petang macam nie makan pau pun sedap jugak.." ujar haikal. "Apesal pulak? Makan waffle la..Baru sedap.." fikri pula menyampuk.. "Haa, gaduhla..Nanti makan kaki aku baru kau tahu.." aku pula yang berkata..Tapi aku tahu mereka tidak mendengar..Sebab aku cakap dalam hati..
Sampai sahaja di cafe,aku mencari tempat duduk yang paling baek punya..Bukan ayam-ayam punya tempat duduk...Meja siap berkilat-kilat lagi..Boleh jadi cermin..Memang bersih berbanding tempat duduk yang lain..Pernah sekali tu, aku lihat atas meja pun ayam boleh bertelur lagi..Ular punya kulit pun bersepah-sepah.Sawang-sawang usah cerita..Merata..Dia punya spider besar macam tarantula!!
Kemudian aku lepak la kat situ sambil memerhati gelagat-gelagat manusia membeli makanan..Lepak punya lepak..Tiba-tiba aku terdengar seseorang menyanyi, "Masih Jelas~~"
Dia punya piching da lari ke angkasa lepas..
Kenapa jauh?? Mungkin laut jaraknya dekat sangat kot..
Aku pandang depan, tokei cafe yang nyanyi..Budak uniten kenal rupa paras tokei nie..Pergh dia punya "tarik" lain macam.. Umur lagi tua dari ayah aku ada hati nak nyanyi..
* * *
Lepas dengar dia nyanyi..Balik tu aku terus demam..
Pesananringkas-Wahai tokei cafe..Aku da naikkan nama kau dalam blog..Lepas nie bagi diskaun 50 persen yea..