Wednesday, December 31, 2008

High....Land


Semalam mak aku telefon..
Katanya,tahun baru nak naik cameron..
Ader Family day..
Dia tak sampai hati nak tinggalkan aku..
Aku pulak tidak memberi kata putus..
Masih lagi sedang memikirkannya..
Kat sini memang aku tiada aktiviti selain belajar...
Tapi Ipoh tu..Macam jauh je..
Aku dah tak lalu..
Lagipun,dah banyak kali aku pergi kesana..
Agak-agak korang..
Aku balik ke tak??


Pesananringkas:Minta2 tiada landslide kat atas sana..Amin

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah buat semua..

Hari ini aku sangat letih..Pagi tadi,ketika aku berada di ipoh..Hujan renyai-renyai..Cadang nak bertolak awal..Tapi tayar belakang dah botak..Cengkaman pun dah berkurang..Jalan pulak licin..Kalau aku careless sedikit,kemalangan pasti berlaku..Terpaksalah aku delay perjalanan aku selama sejam lebih..

Pagi tadi,ak bertolak dari Ipoh lebih kurang jam 11.20 dan sampai ke apartmen tepat jam 2.00..Masuk sahaja ke bilik..Baru aku teringat selipar aku tertinggal di rumah.. Astaga...Camner aku bley lupe..Tasilap aku,aku da mskkan sliper tu kedalam plastik.. Aku ingt lagi..Tertinggal di depan rumah la gamaknya..


Jadi,terpaksela aku bli selipar baru..Klu tak,takkan makan malam kat upten pon pki kasut..Nanti org ingt aku buang tebiat lak..Kat umah ader fik jer..Aku ajak dy g..Kebetulan dy nak cr kasut bru..So,3.30 aku ngan fik da begerak ke Alamanda..Letih pun ta ilang lg.. Cari punyer cari jumpe gak laa..Aku bli sliper murah je..Coz aku pki sliper tu tak lame..Still syg lg sliper kat umah..Next month balik kampung, aku mesti pakai sliper lame blk..Sayang betul aku kat sliper tuh..


Pastu,fik g cari kedai kasut..Dia da aim lame kedai tuu..Tapi time cari td..Kitorang tak jumpe kedai tu.. Last2 cancel cari coz perut dah lapar..Mata aku pun dah berpinar-pinar..Rase pedih semacam..Pas bli makanan,kitorang pon blk umah..


Pesananringkas=Jangan lupa,makan Examo banyak-banyak..

Friday, December 26, 2008

Dia sudah pandai TAG aku.

Kata-kata penghargaan....
-Terimakasih yang tidak terhingga kepada cik sheril kerana bersusahpayah mengetagged aku yang paling malas sekali tag orang lain..Sesiapa yang musykil dengan jawapan aku,anda bolehla meninggalkan segala persoalan disini...


You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  1. Aku lebih pendiam dari rakan-rakanku yang lain..Jangan tanya mengapa..
  2. Sentiasa berwajah serius,walaupun ketika rakan-rakanku cuba membuat lawak denganku..
  3. Mempunyai kebolehan luar biasa iaitu tidur awal dan bangun awal...
  4. Saat ini lebih meminati lagu-lagu dari band indie..
  5. Kerap memecahkan barang orang lain tanpa disengajakan sejak akhir-akhir ini... (Ini juga boleh dikira sebagai satu kebolehan luar biasa..)
  6. Time tengok citer seram..Aku lebih gemar menutup sebelah telinga...Tidak tahu mengapa..
  7. Teringin belajar shuffle dengan haikal..Tapi dia malu-malu nak ajar...Aper kes???

those who've been tagged :

Kali ini tiba-tiba aku terajin tag orang lain...Namanya seperti dibawah..=]

  1. Hafiz
  2. Fikri
  3. Fadzli
  4. Haikal
  5. Nazemy
  6. Pea-pah
  7. Lanina

Pesananringkas:selesai sudaa tag ini..

Thursday, December 25, 2008

Silly Lily-Bunkface

Sila dengar lagu ni..Tapi jangan nyanyi kuat-kuat tahu...





Pesananringkas:Ini bukan video clip original..Aku ambil hanya kerana video clip ini ada liriknya..Itu saja..

TAG kelima..

Semalam Fadzli roomate kpd Hafiz telah pun mengetagged aku..Jadi untuk memenuhi segala permintaan beliau..So,ak akan jawab TAG nie dgn selamber...Jika ada sesiapa yang ingin memberi TAG yg sama kepadaku..Inilah jawapannya..Datang dari hati yang terdalam.. Terima kasih..^^


1.Anda rasa anda hot?
Ikut cuaca..
Kalau cuaca panas aku pasti hot..

Ikut situasi..
Kalau situasi tidak menyenangkan..Ianya juga boleh membuatkan aku hot..

Ikut makanan..
Jika makanan itu masih panas..Lalu ku telan..Lidah aku pasti akan terasa hot..

Kesimpulan:Apa itu HOT haa??Aku tidak dapat menafsirnya dgn jelas..=]



2.Upload gambar kegemaran anda.




3.Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab aku tidaklah tidak suka akan gambar ini..Paham tak???

4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Cuti raya haji yg lepas..Tatkala adik kecilku merengek minta dibelikan pizza.. Merasa lah aku Italian-Japanese Pizza..Sekarang sudah ada Thai-Moroccan Pizza.. Siapa mahu belanja aku??Pizza Hut dekat sahaja..=]
5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
Silly Lily by Bunkface..(Maaf kpd yg sesiapa yg bernama Lily..)

6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Bermain game ragnarok online..Best tau..

7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Err,yang saya suka sahaja kan??
sila panggil saya ehsansniper...

8.Tag lagi 5 orang
  1. Aku
  2. sudah
  3. malas
  4. TAG
  5. orang


9.Siapa orang nombor satu?
Penulis blog yang malas TAG orang lain...

10.Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
Nombor tiga bukan orang..Cuma satu sikap yang negatif..

11.Katakan sesuatu berkenaan orang nombor lima.
Orang nombor lima adalah sesiapa sahaja..Jadi,gaya anda akan memberi jawapan kepada soalan ini..

12.Bagaimana pula orang nombor 4?
Ianya bukan manusia..Aku tak pasti jika ada orang yang bernama seperti itu..Bunyinya pasti aneh..

13.Siapakah orang nombor dua?
Dia menetap diantara aku dan malas...

Wednesday, December 24, 2008

Patah...Patah hati..


Barang yang wajib dibawa kemana-mana sahaja..

Asal haa??Aku baru saja bercadang ingin membeli contact lens..Ia sudahpun mematahkan dirinya..Satu nikmat tuhan baru saja ditarik..Iaitu melihat dengan jelas..Aku termangu sendirian...Merenung nasib aku yang tidak menentu..



Pesananringkas:Dalam dilemma.Tension sgt2..

Movie Preview-Histeria



Semalam kami sudah merancang untuk pergi menonton wayang selepas solat maghrib..Cerita histeria...Aku dapat mengagak cerita ini mungkin menarik kerana Liyana Jasmay turut berlakon dalam cerita ini..Jadi lebih kurang jam 8.00 malam kami pun bergerak ke Alamanda.Sampai sahaja disana,kelihatan banyak kereta berusu-pusu mencari tempat parking..Parking lot mmg penuh sesak..Dah macam Rock Of The World 8 berlangsung di Alamanda..Lebih kurang setengah jam kami berpusing-pusing mencari parking..Dari bawah sampai atas..Dari atas sampai bawah..Sampaikan kami cuba follow org yg sedang berjalan ke kenderaan mereka dgn harapan mereka akan meninggalkan Alamanda dengan secepat mungkin..Tak lama kemudian mangsa yang ditunggu sudahpun muncul..Naz sebagai driver telah melakukan tugas dgn baik..Mangsa akhirnya memasuki kenderaannya dan segera meninggalkan tempat tersebut..Lalu kami parking disitu..

Kemudian,kami bergegas ke panggung wayang untuk mendapatkan tiket..Setelah mendapatkan tiket masih ada sejam 10 minit masa terluang kerana cerita bermula pada jam 10.20.. Lebih baik kami makan malam terlebih dahulu..Selepas makan..Kami pun memasuki panggung wayang..


Actually,cerita ini memang menarik untuk ditonton..Ianya mengisahkan enam orang pelajar perempuan yang bermasalah..Seringkali menyusahkan guru-guru..Sampaikan mereka didenda dan dikenakan tahanan di sekolah selama 3 hari..Dalam masa 3 hari itu, bermacam-macam peristiwa telah berlaku..Semua terbunuh kecuali Murni lakonan Liyana Jasmay..Cara pembunuhan amatla mengerikan..Nak tahu lebih lanjut..Sila pergi ke panggung wayang berdekatan..Siapa lagi yang nak tgk filem melayu kalau bukan kite sendiri..


Ni Alissa...Ketua Pink Ladies..Paling last mati..Ngeri kot...




Pesananringkas:Filem ini berjaya membuatkan aku terkejut beberapa kali..Bukan senang tau..Rugi la kalau ta tengok..Lagi hebat dari Filem Jangan Pandang Belakang..

Pga Tour..


Setelah beberapa lama menjalani latihan teori...Semalam barulah kami dapat bermain golf dgn gembira..Oleh kerana kelas bermula pada pukul 4.00 petang,kami pun pergi ke driving range tepat pada waktunya..Tapi kamu tahula kan..Lecturer aku tu ader masalah sikit dengan jam..Pukul 5 baru dia sampai..Tiada langsung perasaan bersalah terpampang pada riak wajahnya..Tapi oleh kerana semangat ingin bermain golf masih menebal di dalam diri ini,kami cuba abaikan perasaan marah itu..Aksi dimulakan dgn mencangkul padang golf..Aktiviti yang aneh,pelik dan juga memenatkan.. Tapi semua pelajar melakukannya tanpa banyak soal..Setelah lebih kurang setengah jam..Barulah kami diberi bola..Bilangannya terlalu banyak..Bola dah macam token kat tempat game..Bersungguh-sungguh kami berlatih cara memukul bola dengan betul..Ade bola yang swing,ada bola yang leret sahaja,ade bola yang terbang cantik..Berbagai jenis teknik pukulan yang kami gunakan..Yang paling kelakar bila haikal pukul bola tetapi terkena bumbung di atas kepalanya.Memang funny..Aksi yang paling janggal pernah aku jumpe..Tapi bile dia bermain bersungguh-sungguh,mungkin boleh mengalahkan tiger woods yang sudah berumur 75 tahun..Ini kerana En.Picang dah menurunkan ilmunya kepada haikal..Setelah stok simpanan bola habis..Kami terpaksa mengutip bola sendiri kerana pengutip bola yang bekerja disitu sudah mati terkena histeria..Aku tak bawa kamera..Nasib baik naz sanggup menaja handfonnya yang berkamera..Fikri pula sebagai jurugambar..



Fadzli...


Hafiz...


Haikal...


Nazemy...


Penulis Blog...


Fikri...


Bola golf dikutip oleh bakal-bakal kedi..(maaf semua..Joke only..)XD

Sunday, December 21, 2008

Ronda-ronda Kuala Lumpur.



Beberapa hari yang lalu aku ada terima panggilan..Daripada kenalan jauhku.. Dia cakap baju yang aku tempah da siap..Waa,rase macam seronok je..Tapi masalahnya.Kene amek by hand.Aku dah la tatau jalan2 kat kl ni..Setelah beberapa kali berbalas-balas sms dgn beliau..Kata putus telahpun disepakati..Semalam beliau menyuruhku menunggu di dataran Merdeka jam 10pg..Lalu aku merancang perjalananku..Nasib baik ader pemandu pelancong..Takdela aku sesat.. Hehe.. Aku ajak member aku farouk follow..Dia tahu selok belok KL2 cosanostra nih..Oleh sebab farouk ta bg tau aku berapa jauh perjalanan tersebut..Jadi aku membuat perkiraan sendiri.Aku merancang akan bertolak sejam lbh awal..


Setelah bersiap-siap pg td..Kami pun bergeraklah lbh krng jam 9.10..Terlambat sikit..Pastu g isi minyak.Farouk plak berenti kat BP..Minyak dy kering kot.. Haha,first time mutur aku telan minyak BP..Rase sian plak kat beliau..Time isi td aku syahdu..Wakaka..Pastu kami meneruskan perjalanan..Setelah beberapa ketika sampaila kami di depan bangunan abdul samad..Aku tgk jam..9.35 pg..Tadelah jauh sgt..sengah jam da sampai..Lastly,aku ngan farouk tnggu kat dpn bangunan abdul samad..Org tak ramai plak arinie.Lepak2 jap sambil tunggu dealer sampai..Ta lame kemudian..Aku dapat msg yg dealer br bgn pg.. Aku ta kisah sgt..Coz inilah kali kedua dalam hidup aku g dataran merdeka..First time aku g time rombongan darjah enam..Haha, hebat tak aku..Slalu tgk dalam tb je..Pastu aku snap r beberapa keping gambar untuk tatapan umum..
Sila klik pada gambar untuk proses percambahan..Lebih besar dan jelas..


Langit cerah..
Cantik.



Td aku da rancang nak naik atas..Tapi takut kene tngkap plak..Huhu..


Bangunan nie dah condong..=]


Macam photographer la plak kan..



Aku snap pic..Farouk jage motor..Parking VVIP tuh.Haha..

Time snap..Aku nyanyi lagu negaraku..XD



Sarkastik..



Cantik tak design??Aku tempah kat forum ini..


Pesananringkas:Lepas amek bj tros blk..Sila abaikan tarikh di pic..Kamera aku mmg begitu..

Saturday, December 20, 2008

Lagu rakyat remix...

Sedang aku asyik mencari lagu2 baru didalam enjin carian youtube..Terjumpa pula satu lagu rakyat yang agak popular..Setau aku,nie lagu org nogori 9..Aku suke lagu nih..Kire not bad laa..Iramanya mengasyikkan..Tapi yg nie versi remix punyer..Sape yg ta ske rock2,lebih baik jgn dgr..Ibu2 mengandung pun jangan dengar..Aku risau terjadi paper jer..Becoz rock sgt...



Apo Kono Eh Jang (...




Pesananringkas:aku orng kampung..Mane layan lagu bahasa penjajah..Haha..XD

Bakal eksekutif muda..

Ketika aku sedang melihat-lihat gambar dalam kameraku...Terjumpa pulak beberapa gambar yang menarek..Gambar ditangkap di admin uniten..Sudah beberapa bulan disimpan..Apa kata kalau korang cuci mata dgn gambar bakal eksekutif muda nih..^_^



Muka semua stok innocent gilerr..Haha..



Fikri yang pemalu..Tutup2 muka plak..



Dari sudut yang berbeza..


Pesananringkas:Terimakasih kameraku..Walaupun ko buruk tapi ko tetap bergune..=]

Jom main masak2..

Hari ni aku malas makan kat kedai.. Dah banyak aku hbs duit minggu nie.. Ak pun ta tau nape cpt sgt abs duit..Hairan aku.. Mungkin barang mahal agaknya.So,dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil nih.. Memasak sendiri amatlah digalakkan..Selain dapat merasa masakan yg dimasak sendiri, kita juga dapat berjimat cermat.. Membazir kan amalan syaitan.. Jadi aku pun masak siniri pg nie..Resepinya ialah Cucur Ikan bilis ehsansniper...
Bahan-bahan:
Tepung cucur ikan bilis Adabisss...

Cecair yang boleh diminum..(air)

Cara-caranya:kau mix 2 bahan-bahan tadi hingga sebati..Kau goreng..Kau makan..



Aku guna ini..Ianya mudah..




Lepas bancuh..Kacau seperti kau sedang bancuh simen...





Balik-balikkan agar ianya tidak hangus..




Gunakan suhu yang sesuai..Kalau panas sangat nanti tak masak kat bahagian dalam..
160 darjah celcius sudah mencukupi..






Lapik bekas cucur dgn selai testpad untuk menyerap minyak..
Inilah hasilnya..





Pesananringkas:Fikri,aku amek testpad ko selai..XD

Ehsansniper vs Atroce

Semalam after exam, semua cabut blk kg..
Tinggalla aku terpinga-pinga sengsorang kat umah..
Nasib bek aim ta blk..Tapi dy ta datang lepak umah aku plak..
Jadi aku pun main la game nie..Ragnarok Online namenye..
Terima kasih kepada beliau kerana telah membina server RO Uniten..
Malam tadi aku main game nie..Tu pun lepas abis cerita misteri nusantara..
Ramai gak yang main malam tadi..Ade peluang nak atack MVP..
Jadi...Anda saksilah gambar2 di bawah ini..Ketika aku bertarung dgn Atroce..Salah satu raksasa yang power..Tujuan aku bertarung dgn menatang nie hanyalah untuk mencari atroce hat.
Hanya dia je yang ader..




Nyawa dia lebih sejuta lima ratus ribu..Aku atack lima ribu lebih jer..Korang bayangkan laa..
Betape susahnye..



Atroce attack aku miss tue..Tapi sekali dy attck mau cecah 41 ribu..T_T


Aku attack cecah gak enam ribu..Huhu.


Part paling best..Berlari bekejaran..Nasib bek atroce jalan ta laju sgt..Selamat aku..
Actually nyawa aku dah hampir abis laa..




Akhirnya...Dia telah telah tewas..^_^


-Tapi tensyen gak sebab da lebih 5 kali attack atroce..Satu atroce hat pun aku tak dapat..Hampeh..



Aweks baru dalam game nih..Namenye Luna..Sepadan gak kalau sniper digandingkan dgn assassin cross..Wakaka!! pasan giler..


Pesananringkas-Kepada haikal,fikri dan fadzli..Saya sudah level 99..Anda bila lagi?? XD

Tuesday, December 16, 2008

Tic TAG Toe...


Tag ini dari pea-pah..




1. If your love betrayed you, what will your reaction be?

Saya akan selidik dahulu..

2. If you can have a dream come true, what would it be?
Ianya rahsia..Kalau saya beritahu kamu..Bukan rahsialah namanya..

3. Whose butt would you like to kick?
Adalah..Orang yang disepak sahaja akan tahu...

4. What would do with a billion of dollars?
  1. Bina kerajaan sendiri..
  2. Beli kelab manchester United..
  3. Beli kereta ini..
  4. Simpan dalam tabung haji..
  5. Belikan jet peribadi untuk rakan-rakanku..
  6. Banyak lagi laa..
  7. Saya tak mahu mengarut lagi..
  8. Cukupla nie..
5. Will you fall in love with your bestfriend?
Tak pasti..Err,mungkin..

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Saya tak tahu..Kena tanya Dr.Fazley.Dia kan doktor cinta..

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
1000 tahun lagi..

8. If the person you secretly like is already attached? What will you do?
Jawapan artis..No comment..

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actor/actress?
Antara kayu dgn saya.Kelihatannya, kayu lebih pandai berlakon daripada
saya..
Anda fikirlah sendiri..

10. What takes you down the fastest?
Saya tak patut beritahu kamu..Nanti kamu beritahu orang lain..

11. How would you yourself in ten years?

Hidup bahagia...

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Pemalu..
Err,saya tulis sahaja..Saya pun tidak tahu..

14. Would you be single and rich or married but poor?
sila sms saya, nanti saya beritahu..

15. What's the first thing you do when you wake up?
Buka mata..

16. Would you giveall in a relationship?

Yang sepatutnya sahaja..

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Saya tanya emak saya..Dia perempuan..Mesti pandai cari menantu..

18. Would you forgive and forget no matter how terrible a thing the someone has done?
forgive -> Kalau dia minta maaf..Saya maafkan..

forgEt -> Nanti saya cipta satu gadget yang boleh menghilangkan ingatan seperti dalam cerita Men In Black..

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Kena tanya 'Dia'..Kamu tak perlu tahu..

20. List 5 people to tag

  1. saya
  2. sudah
  3. malas
  4. tag
  5. orang

Saya suka..Kamu suka???

Sangat rugi..Balingannya tidak sempurna..Mungkin beliau dalam keadaan emosional..Bagi aku,Bush memang perlu diajar dengan kasut.Malah lebih dari itu lagi..Jika kasut itu terkena pada mukanya pun..Aku rasa ianya tidak apa-apa berbanding apa yang dia telah lakukan keatas Iraq. Saat-saat begini baru dia tahu siapa diri dia sebenarnya..
Pesanan ringkas:Kasut itu saiznya 10..Kalau terkena, alangkah nikmatnya..

Semakin lama semakin murah la pulak...


Ini bukan iklan..Cuma gambar yang berkaitan topik..

Seperti yang korang semua tahu..Harga petrol sekarang turun lagi.Daripada Rm1.90 ke Rm1.80.Walaupun penurunannya sedikit tetapi klu kita merupakan insan yang selalu dan suka pergi mengisi minyak,ini merupakan satu bonus dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu..Ini juga merupakan penurunan buat kali ketujuh sejak bulan ogos yang lalu..Pelik sungguh dgn dunia sekarang.. Daripada minyak mentah berharga sekitar 147 US Dollar setong boleh berkurang sehingga sekitar 40 US Dollar..
Kadang-kadang aku sendiri rasa aneh..Isi minyak Rm7.00 pun dah melimpah ruah dari mutur..Padahal ketika harga minyak beharga Rm2.70 seliter dahulu, aku isi Rm10.00 pun masih ada ruang yang tinggal..
Dalam erti kata lain isi sepuluh ringgit mmg takkan penuh..
Takkan sama sekali..
Pesananringkas:Kita lagi beruntung dari negara Indonesia..Walaupun harga minyak mentah dah jatuh..Kerajaan diorang tak reti2 lg nak turunkan harga minyak..

Friday, December 12, 2008

Puaka tidur awal..


Gua tensyen..Da 2 minggu gua telepas tgk citer nie..Minggu lepas bley dimaafkan lagi..Sbb gua letih travel long journey..Malam tadi yang menyebabkan gua tensyen..Tgh tgk 999 tros tido..Sesaper bley pikirkan care bagaimana buat gua tidur lewat..Gua nie special skit..Cpt sgt ngantuk..Ngalahkan baby br lahir..Tolong laa..Bg tips tido lewat..Please..=[
Pesananringkas:Gua suke tgk liyana jasmay dalam citer nie..Ayu jer sigadis kampung..Tapi bapak die nauzubillah jahat..

Wednesday, December 10, 2008

Movie Preview-Twilight











Semalam,aku g tgk wayang dgn member uniten..Actually,mmg dah lame aku ta tgk wayang, ader dalam 2 minggu lebih kurang..Rindu la pulak nak makan popcorn sambil tgk movie..Jadi semalam aku pon ajakla memberku g tgk citer twilight..




Sebelum pg tgk wyg,aku da plan nak pegi servis mutur,coz pagi tu aku pegi teluk intan jap,ade hal sikit..Mutur plak da lame ta servis,risau klu ader probs kat mutur..Sampai shj aku di bengkel..Tehell..Bengkel da tutup,aku datang lambat sgt la plak..Tokeinye blom abis beraye agaknye..So,tepakse la aku g servis ari rabu yakni arinie..




Jadi,sebelum aku blah semalam..sempat gak aku ngan member aku singgah Jayajusco ntok membeli sehelai dua tiket wayang agar aku dapat pergi menonton wayang bagi menghilangkan kebosanan di malam hari..Tiket pon dah dibeli,citer start jam 815 malam..Ader lebih krng 4 jam lagi..kata sepakat telah pun dibuat.Kitorang merancang supaya pulang ke rumah telebih dahulu.."Apa kejadahnya duduk lepak2 selama 4 jam di JJ seperti orang tiada rumah.."kataku didalam hati..Lagipun member aku ader hal,ingin menemani ibunya bershopping katanya..sekarang kan ader Malaysian Saving Sale..mane bley lpskan peluang, mungkin ini peluang bg dy untuk mengepow emaknya beberapa helai pakaian baru..




Jadi kami pun bergerak ke rumah selepas tu.. Jam 730 aku pun mula memicit-micit telefon selularku..Ini kerana aku ingin menghantar sms kpd memberku supaya menungguku di 7-eleven jalan pasir puteh tepat jam 755 malam..Tetapi kemudian dia memberitahuku menerusi sms yang dia akan datang lewat sedikit,805 katanya..Aku tidak kisah sgt,dy br saja pulang dr bershopping..Mungkin letih barangkali..Tepat jam 757 malam,aku pun tros mendapatkan kapchaiku dan menunggangnya pada kelajuan sederhana..Aku terus menghala ke jalan pasir puteh dan menunggu rakanku disitu..




Memberku sampai jam 808 malam..Ader lbh krng 7 minit lg sebelum wayang bermula,dicampur 10 minit iklan..Jadi tinggal 17 minit lagi..Masa semakin suntuk,aku terpaksa meningkatkan kelajuan muturku agar aku ta telambat..Tanpa menghiraukan rakanku,aku dgn selamba memulas trottle sehingga jarum di panel meter menunjukkan kelajuan 120km/h..Mungkin dgn cara ini ianya akan mempercepatkan diriku untuk sampai ke sana..kadang-kala jarum di panel meter melepasi 130km/h..Namun, untuk tujuan keselamatan,aku melepaskan trottle sedikit demi sedikit..kata orang, menunggang secara berhemah adalah terbaik..tetapi jgn sampai tidak berhemah langsung..Itu sgt berbahaya..Aku dpt mengagak yang aku menunggang separuh berhemah..Kire okay la tu..Emergency punye pasal..Sekurang-kurangnya lampu merah aku ta langgar..




Setelah beberapa lama,sampai juga aku di JJ dengan selamat..Dengan menggunakan teknik berjalan pantas,aku pun masuk ke panggung setelah membeli sekilo dua popcorn..Memberku hanya mengikuti dr belakang..Masuk2 jer ,citer da start..Aku dapat rasakan aku da telewat 2-3 minit..Itu bukan masalah bg aku..sampai saje kat tmpt duduk..Aku lihat da ramai orang duduk..Ini menyukarkan pergerakan aku kerana tempat dudukku di tgh..Untuk tidak menyusahkan ramai org jadi aku pun bercadang untuk duduk di depan sedikit memandangkan di sebelah hadapan banyak yang kosong..




Setelah mendapatkan tempat duduk yang besh..Aku pun lantas menikmati movie nih sambil makan popcorn..Mmg masyuk woo..Lu pikirla sendiri!!!




Kesimpulannya,cerita nie mmg menarik..Tetapi cerita ini terlalu kureng adegan berlawan dan lebih banyak adegan romantis..Walau apapun cerita ini masih menarik untuk ditonton..Antara babak yang paling menarik ialah babak keluarga vampire men besbol,time dy bawak kete volvo dy,time diorang 1 family nak selamatkan bella dr vampire jahat,babak pertarungan di minit2 akhir citer nie dan banyak lagi.. Hero filem nie,Edward Cullen mmg hensem seperti tanggapan wanita2 di luar sana.. Aku siniri hairan kenapa pontianak melayu tidak seperti pontianak omputeh..Musykil2...



Rambut gue tgh panjang,ader can nak wat rambut cam dia..Muahaha..=] Ini family vampire...


Sunday, December 7, 2008

Yusof Azami accident..

Semalam, time lepak2 kat jaya jusco..Dengar berite yg member sekolah gue,usop azami eksiden,kat atas flyover seberang jaya pulau pinang..Aku ingt eksiden bese je..Tak teruk maner..So,ak wat bese je la..

Then,aku dapat tau yang dy still nak turun ipoh gak petang tuh(semalam) coz dy eksiden time pagi..

Dia pun sampai kat medan gopeng time maghrib camtu..Aku pun amek dy kat sane time tu..

Sbb dy nak pinjam helmet aku..

So dapat gak la sembang ngan dy kejap malam tu..

Die pun citerla mengenai kejadian kemalangan jalan raya tersebut..

Time tu dy tgh tidur dalam kete..

Member dy yang drive kete tu, drive punye drive sampaila atas flyover,ader sebijik kete ikut line tengah..

Membe dy pun follow la dr blakang,kendian keter depan tu masuk line kiri..

So,member usop nie pun lantas menambah kelajuan kereta dengan tujuan ingin memotong kereta td..Tiba2,tanpa memberi signal..kereta tadi kembali memasuki line tgh..ini menyebabkan berlaku perlanggaran dan mengakibatkan kereta yang dinaiki usop berpusing di tengah highway..

Dalam keadaan kelam kabut akibat terperangkap didalam kenderaan..kemudian sebuah treler kontena hampir2 melanggarnya namun sempat membuat brek kecemasan dan betul2 berhenti di depan kereta yang dinaiki usop..Usop kater,klu kete dia kene langgar ngan treler td..mmg dy da duk kat hospital skang nie..Tapi,nyawa dy masih panjang..Selepas treler kontena td berlalu pergi..datang lagi 1 treler,wat emergency brake gak..Nasib diorang mmg baik..Hampir2 sahaja kene langgar..Yang malangnya,ada plak kereta hentam blakang treler td..Teruk plak tue..berdarah-darah mukenye..Kete yang usop naik tu kete sewa..teruk gak r,coz kete tu third party,tade insurans..So tokei tu mintak 4000..Pas slow talk,dapat la kurang..Bayar 1000 kongsi 4 orang..Kene wat police report sampai jam 9 sengah pg..G bengkel lg..Pastu tros datang ipoh semate-mate nak follow reunion..Mmg tabah r kau usop..Nasib bek ko slamat..tade luke kat maner2..Badan da r ta besar2..Len kali klu ko free kite jumpe lg..Semalam tgk muke ko ketat jer..Tade duit katenyer..


Asal muke ko ketat ha?? senyum2la sket..= ]

Estrella-Ternyata

Estrella-Ternyata....

Aku lihat dia pandangan pertama,

Ternyata indah,

Senyuman, Liriknya,

Ku ingin dia, saat pertama,

Berjumpa, dengannya,

Membuat aku gelisah,

c/o

Waktu ku berlalu,hari demi hari,

Hati ku dambakannya,

Untuk bercinta lagi ...

Reunion...

Semalam aku ader reunion..Semekasrian punyer reunion..Mmg besh,walaupun tade xtvt menarek..Sekurang-kurangnye dapat jumpe blk rakan2ku yang dah tinggal bersama selama 5 tahun kat semekasri dulu..Yang pasti,rupe diorang tetap same..Tak banyak berubah..Ye la kan..Br setahun ta jumpe..Tapi, bukan sumer dapat turut serta..ader gak yang tak dapat hadir..sian kat Cemong tak balik raye haji..Paan plak raye kat Syria.. Dgr citer kemungkinan 7 tahun dy kat saner..Balik2 malaysia mesti dy bawak balik isteri dr sane..=]
Urm,ini list nama yang menyertai reunion semalam: (aku lihat dgn mata kepalaku sendiri, jangan ingat aku sudah lupa sama kamo semua)

Hafiz K
Mizan
Peteng
Haziq Bakri
Lokman
Chem
Hadi
Rauf
Bedul
Caoi
Lan Mohktar
Iqbal
Hazim
Isman
Alimi
Ayub
Baim
Zul mamang
Kema
Azri Na-Q
Ammar
HAfis B
Cepu
Mior
Syafik Hassan
Nala

Bes r jumpe korang sumer..Len kali wat la lagi reunion camnie..


Pesananringkas:Aku rase ader lagi name yg tetinggal..tapi aku betul2 lupe..Sorry ye..XD

Wednesday, December 3, 2008

Tag ke 3..

Ini Tag,Cik Manis Yang Bagi..
Dengan pejam mater..
Aku jawab tag nie..
Hebat bukan..=]

My top 10 most favourites food.

  1. Makanan yang mak aku masak.
  2. Makanan yang adik aku masak.
  3. Makanan yang aku masak siniri.
  4. Makanan yang Mc Donald masak.
  5. Makanan yang KFC masak.
  6. Masakan orang bujang.
  7. Masakan UPTEN.(Medan selera berhampiran Uniten)
  8. Masakan LOT10.(Medan selera berhampiran Uniten)
  9. Masakan Naz.(Chef C9)
  10. Masakan Irwan..(Chef C9)


10 things i love doing

  1. Belajar
  2. Bermain
  3. Beloging(blogging)
  4. Belasah nyamuk(Guna Ridsect)
  5. Bersama mereka(Familyku)
  6. Bersiar-siar
  7. Bekerja(suatu ari nanti)
  8. Bergurau senda
  9. Bernyanyi
  10. Berangan





5 things i love doing when i'm emo


  1. Diam
  2. Senyum
  3. Ketawa
  4. Marah
  5. Tidur



5 things i love doing when i'm happy

  1. Bercakap sendiri
  2. Bahan orang lain
  3. SmS kawan lame
  4. Shuffle macam haikal
  5. Senyum sendiri
5 things i wish to happen

  1. Memandu kereta Bugatti Veyron
  2. Menaiki kereta Rolls Royce Phantom(xmo drive coz ak da ade drebar)
  3. Menjadi rakyat Malaysia pertama yang sampai ke bulan.
  4. Menjadi kapten kapal perang
  5. Menjadi Perdana Menteri selama sebulan.

My most top 10 addicted playlist

  1. Estrella-Stay
  2. Estrella-Take It Slow
  3. Black Coffee Honey-Bangun Semula
  4. SPG-Waktu Indah Dahulu
  5. Hujan-Jiwa Kelajuan
  6. Laluna-Selepas Kau Pergi
  7. Faizal Tahir-Cuba
  8. Bittersweet-Capital E
  9. Putra-Kain Cinta Putih
  10. Kertas-Kekasih Yang Tak Dianggap


5 person i wish to tag


  1. Sorang
  2. Pun
  3. Aku
  4. Tamahu
  5. Tagged..

Tuesday, December 2, 2008

Tekak oh tekak..




Kat sinilah tekak aku sakit..Bahagian atas halkum..=]


Hurm,sakit di bahagian tekak belum lagi menunjukkan tanda2 akan berkurang..
Maybe mengambil masa beberapa hari..
Nasib baik aku masih lagi mampu bersuara..
Coz this week mmg minggu presentation..
Mudah-mudahan tekakku akan sembuh seperti sediakala sebelum hari raya aidiladha..


Walaupun ianya tidak memberikan kesan yang efektif,namun ia amat melegakan tekak walaupun untuk seketika..

Monday, December 1, 2008

I'm sick..



Kelmarin aku demam dan sakit tekak..

Dengan kepala mengalami pening yang melampau..

Tak banyak aktiviti yang mampu aku lakukan di saat itu..

Alhamdulillah,setelah mengambil sedikit ubat-ubatan..

Keadaanku hampir pulih seperti sediakala..

Pesananringkas:kepada cik manis,aku mau hutang tag kamoo dahulu..i'm sorry..

Saturday, November 29, 2008

Manis bg award cumel..




Tenkiu cik manis..
Segala pemberian akan ku hargai...=]
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur