Wednesday, December 24, 2008

Movie Preview-Histeria



Semalam kami sudah merancang untuk pergi menonton wayang selepas solat maghrib..Cerita histeria...Aku dapat mengagak cerita ini mungkin menarik kerana Liyana Jasmay turut berlakon dalam cerita ini..Jadi lebih kurang jam 8.00 malam kami pun bergerak ke Alamanda.Sampai sahaja disana,kelihatan banyak kereta berusu-pusu mencari tempat parking..Parking lot mmg penuh sesak..Dah macam Rock Of The World 8 berlangsung di Alamanda..Lebih kurang setengah jam kami berpusing-pusing mencari parking..Dari bawah sampai atas..Dari atas sampai bawah..Sampaikan kami cuba follow org yg sedang berjalan ke kenderaan mereka dgn harapan mereka akan meninggalkan Alamanda dengan secepat mungkin..Tak lama kemudian mangsa yang ditunggu sudahpun muncul..Naz sebagai driver telah melakukan tugas dgn baik..Mangsa akhirnya memasuki kenderaannya dan segera meninggalkan tempat tersebut..Lalu kami parking disitu..

Kemudian,kami bergegas ke panggung wayang untuk mendapatkan tiket..Setelah mendapatkan tiket masih ada sejam 10 minit masa terluang kerana cerita bermula pada jam 10.20.. Lebih baik kami makan malam terlebih dahulu..Selepas makan..Kami pun memasuki panggung wayang..


Actually,cerita ini memang menarik untuk ditonton..Ianya mengisahkan enam orang pelajar perempuan yang bermasalah..Seringkali menyusahkan guru-guru..Sampaikan mereka didenda dan dikenakan tahanan di sekolah selama 3 hari..Dalam masa 3 hari itu, bermacam-macam peristiwa telah berlaku..Semua terbunuh kecuali Murni lakonan Liyana Jasmay..Cara pembunuhan amatla mengerikan..Nak tahu lebih lanjut..Sila pergi ke panggung wayang berdekatan..Siapa lagi yang nak tgk filem melayu kalau bukan kite sendiri..


Ni Alissa...Ketua Pink Ladies..Paling last mati..Ngeri kot...




Pesananringkas:Filem ini berjaya membuatkan aku terkejut beberapa kali..Bukan senang tau..Rugi la kalau ta tengok..Lagi hebat dari Filem Jangan Pandang Belakang..

No comments:

 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur