Monday, December 28, 2009

Terimaa ka..

Kau datang sekejap sahaja kan..Terimakasih..

Friday, December 18, 2009

Malaysia bukan adik adik lagi.

Selamat pagi semua.. Gua sekarang berada di Vientiane - Wattay Airpot dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah menyaksikan perlawanan diantara Malaysia dengan Vietnam.

Dalam kesempatan ini, gua ingin mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol vietnam iaitu Bui Tan Truong (gua ingat bahu lu dah patah dah..) dalam membantu Malaysia mendapatkan pingat emas setelah menunggu hampir dua puluh tahun..Manakala vietnam yang belum pernah meraih pingat emas di Sukan Sea setelah mara ke final beberapa kali bersedia untuk menunggu sukan sea yang akan datang dan mungkin bersedia untuk kalah lagi..
Tahniah Malaysia!! Tahniah Aidil Zafuan!! Tak sia-sia lu kahwin lari dengan artis..Tahniah Bui Tan Truong!! Majulah sukan untuk negara!!!



Gua terserempak Bui Tan Truong mase kat airport..Gembira betul mamat nie..Flight balik mesia plak tu.Gua syak mamat nie takut kene pukul kat vietnam.Dapat plak seat seblah gua.. Mampos gua nak cakap vietnam.. Sawadikap gua retila..


Aidil Zafuan bersama anaknya yang agak player..




Pesananringkas:Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah.Semoga tahun baru anda lebih bermakna :)


Wednesday, December 16, 2009

Holi holi holiday..

Sekarang nie, gua berada didalam bilik gua..Sejuuuk..Rasa macam musim salji sedang melanda malaysia..Tidur memang best..Best sangat sangat..Nasib baik hari ni, gua cuti. Bukan sebab kelas cancel ke ape.. Tapi memang dalam meja masa gua hari ni tiada klas.. Memang seronok la sem nie..Kelas cuma tiga hari dalam seminggu.. Tp memang pack la.. Dah macam six packs da gua tengok!!

Gua tiada perancangan apa-apa lagi hari nie.. Tapi tidur memang merupakan satu pelan jangka masa pendek yang sungguh menyeronokkan dan menyihatkan..So paham paham la.. Good morning and sweet dream!!

Monday, December 14, 2009

Meteor..

Gua punya blog dah semakin sihat.. Tak sia-sia gua bawak jumpa doktor pakar.. Sekarang nie pun tgh sibuk setting sana sini.. Tak setel-setel lagi.. Nak cakap azam baru buat blog cantik-cantik.. Tahun baru bukannye esok.. Tapii, salah satu sebab..Mungkin gua dah berubah barangkali.. Dah x mcm dulu.. Gua sendiri pun tak pasti kenapa.. Biarlah.. Malas nak pikir..

Malam nie, jom tengok meteor geminid jatuh..Dalam bahasa lainnya, ta-alif yik, bintang..Kalau malam kelam.. Langit pula tidak dilindungi awan.. Bulan hilang dalam kegelapan.. Lu orang memang makhluk paling bertuah..Lupakan saja segala macam permintaan pelik-pelik yang lu orang hajatkan..Cuma satu, nikmatilah keindahan salah satu ciptaan tuhan ini sepuas-puasnya..


Thursday, December 10, 2009

worried

For the first time I am awaken by every words you said...
When the night fall, sometimes I want to write all the feeling..
People says that longing is beautiful, but for me this is a suffering..
For one moment, I think that I should hate you, but it's hard to hate you..
Close my eyes when i want to breathe...
In my dream, I was in the intersection, the road that so hard to be chosed..
I hold all my beautiful life...
The meaning of it..it's so honest...
Whethere there is love or not... it doesnt matter to me ..
But half of my soul are gone...

Monday, December 7, 2009

Chance..

Tolong beri gua satu lagi peluang please..
Gua dah tak lalu..

Wednesday, December 2, 2009

Mathematics



Punah harapan gua nak belajar math sem nie bila dapat tahu semua section sudah penuh..
Mintak2 boleh buat rayuan lagi untuk bukak section baru..=.='

Semuanya akan bermula kembali..

Gua berjanji yang gua akan muncul kembali..
Pasti akan muncul kembali..



Off..

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Sari berita penting..

Ehsansniper disyaki akan meninggalkan kawasan kolumpo dan kawasan yang sewaktu dengannya pada pagi ini untuk beberapa hari bagi menyambut perayaan Hari Raya di tempat kelahiran beliau iaitu di Ipoh.. Laporan terbaru mengatakan, seluruh penduduk Ipoh telah bersiap sedia bagi menyambut kepulangan beliau pada raya tahun ini. Dijangka Scha dan Lisa Surihani turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini..


Desas desus ada mengatakan sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan bagi menjamu seluruh warga kota yang setia tahun ini..Itu belum dicampur korban kambing, unta, biri-biri mahupun seladang kerana dikatakan jumlah mereka jauh lebih banyak tahun ini.. Pasukan kompang Kampung Sri Kinta telah bertungkus lumus berlatih siang malam supaya mereka tidak silap tune kerana kebiasaannya mereka tidak dapat membezakan kompang dengan rebana.. Ketua Pasukan kompang Negara perlu ambil berat hal ini!!!

***
Beliau dijangka muncul ditengah ibu kota lebih kurang seminggu kemudian dengan wajah sugul kerana kehabisan duit akibat daripada perbuatan budak-budak nakal yang mahu duit raya lebih..Mana taknya, bukan sahaja kanak-kanak..Malahan ibu kanak-kanak seperti dia juga mahukan duit raya.Akhir kata daripada saya, Lihat Kiri.Lihat Kanan.Lihat Kiri.Lintaslah dengan selamat..

Pesananringkas:Ehsansniper mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin..Maafkan segala kesalahannya dari Ipoh hingga Kolumpo..Babaii..





Dijangka berbuka puasa bersama-sama malam ini..

Monday, August 24, 2009

Aku nak MC..Bukan Manchester City..

Bukan malam kejadian..


Okeh, ini serius.. Malam semalam aku secara sengaja dan tak sengaja (dua-dua sekali) telah melanggar rondebot berhampiran fifteen pada kelajuan dimana Usain Bolt pun x mampu kejar.... Kejadian ini berlaku disebabkan oleh tiadanya lampu jalan lantas menyebabkan aku menunggang seperti memejam mata.. Diharap pihak2 yang berkaitan seperti PBT, Majlis Pembandaran, Adun Bangi, mahupun kepada pihak pembangkang atau kerajaan khususnya Tan Sri Khalid sendiri menyediakan beberapa buah lampu (bukan lampu torchlight)di setiap inci jalanraya bangi..

Walaubagaimanapun, semalam selepas sahaja jatuh..Aku secara panik teros bangun dan lantas meraba PSP di poket untuk melihat keadaannya sama ada cedera ringan,cedera parah mahupun mati(patah dua).. Setelah beberapa saat, PSP disahkan selamat.. Aku mase tue rase macam kuat pon ader sebab tak rase sakit pape..Luka sikit2 je, tp lebam lebih bnyk sikit dari luka2..


Tapi selepas aku bangun je pagi nie..Aku akui yang kaki aku dah bengkak sikit.. Haa, baru terasa dia punya pergi..Memang sakit.. Secara auto aku x pergi kelas sampai aku sihat macam Afdlin Shauki..Err, tarawikh tu..Kalau aku mampu aku pergi..Kau orang janganla risau.. Klu x pergi nanti aku msg korang suh kem salam kat imam..


Jika ada saper2 nak rekemen klinik mana yg aku patut pergi..Sila tinggalkan pesanan anda diruangan komen yang telah disediakan...Tiada bayaran dikenakan..


Kata-kata hikmah hari ini:- Jangan jadi seperti ayam..

Sunday, August 23, 2009

Puasa jgn tak puasa tau..


Bulan puasa memang best main psp sebab korang takkan rasa lapar...
Kesimpulannya, korang tak perlu sahur, tak perlu berbuka.. Korang cume perlu teros bermain dan bermain PSP disamping mengecaj baterinya untuk mengelakkan daripada kehabisan..


Oh ya, malam tadi Manchester United kenduri besar dengan mengalahkan wigan 5-0.. Dengar cerita, faktor kekalahan utama ialah Kirkland iaitu penjaga gawang wigan terlupa untuk bangun sahur lantas beliau bermain dalam kelaparan yang amat sangat..Sikit lagi nak mati katanya..



Kepada pelajar Universiti Tenaga Nasional..Banyak-banyakkan beribadah di bulan yang mulia... Aku nak tengok muke korang wajib ada dekat masjid time terawih..Kalau ternampak aku, tegur-tegurla..Kalau nampak aku berada di luar kawasan masjid pada waktu terawih.. Tolong repot kat mak aku ya..Terima kasih..


Final exam 26 ogos nie ye kawan-kawan..Nampak macam lame kan.. Tapi sebenarnya tak la lame mane..Kalau korang ada rancang nak buat study group atau belajar secara berkumpulan sila hubungi dengan kadar yang segera..


Disini ada satu pengumuman, kepada sesiapa yang ingin kerja kosong sila berjumpa dengan saya segera..

Private tutor Subject CSEB134 (C programming)
Private tutor subject CSEB124 (Web programming)

Akhir kata, majulah sukan untuk negara..
Jangan main mercun, nanti putus jari..
Sekian terima kasih..

Thursday, August 20, 2009

Puasa nanti aku update ye..

Mak aih, aku sibuk mengalahkan Najib la plak..

Assignment-html-c prog-quiz-test-exercise-karaoke-epl-fesbook-javascript-fantasy football merupakan perkara yang sedang berlari berkejaran dalam otak aku..

Oke, seperti statement di atas..Puasa nanti aku updated..

Sunday, August 2, 2009

Alkisah Politikus dan Influenza A...

Semalam punya cerita..Patutla jalan ke KL sesak gile babi..Dekat terowong smart dah jem.. Coz jalan istana ditutup..Rupa-rupanya, diorang ader buat demonstrasi anti-ISA.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut..Korang klik sini.. Kalau x nak klik situ.. Korang klik sini.. Layan fesbook lagi bagos..


Pasal selsema babi tu..Aku ade bace satu artikel..Korang boleh la tgk kalau rajin.. Kalau x rajin tapayah la tengok..Siyes..Buang mase..Klik sini..


Pesananringkas: Oit Bedul, cantik psp kau..Huahua.

Thursday, July 30, 2009

Bengang

Apasal la uniten bangang sangat sampai block laman web blogger..
Macammane student nak maju..
Macammane minda nak berkembang..
Entah ape-ape la uniten nie..
Buruk perangai..
Baik aku karaoke ngan bedul..
Dengar cerita dia punya suara ada macam misha omar..
Haha..



Pesananringkas:Blogging off..

Wednesday, July 15, 2009

Jerebu

Petang tadi, dalam malas gua melangkah ke coit..Nasib baik jarak antara coit dengan apartment gua tak terlalu jauh..Kalau orang yang merokok cakap..Jauhnya perjalanan tersebut bersamaan sebatang rokok..Tapi sebab gua tak pandai merokok..Jauhnya tak habis pun sebatang rokok..Tapi jauhnya memakan masa tiga minit untuk sampai..Itu tidak termasuk masa menunggu lif tau..


Bersambung kepada cerita tadi..Masa gua jalan tue,gua ade perasan sesuatu..Pandangan gua semacam kabur.. Gua pandang kiri kanan gua..Gua diam.. Gua pandang lagi sekali..Gua berhenti sekejap..Gua cuba berfikir secara kritis.. Masa terus berlalu..Suasana sekeliling sunyi sepi..



"Oh jerebu.." kata gua dalam hati..Cepat cepat gua meninggalkan kawasan tersebut..Orang cakap jerebu membahayakan kesihatan..Nasib baik gua pandai lari pecut macam Usain Bolt..

Kisah semalam..

Banyak khabar-khabar udara yang singgah di telinga gua minggu ini..Nasib baik hampir semua berita tersebut adalah berita gembira...Cuma gua ada juga dengar berita-berita yang tak kurang sedihnya..Semalam, seronok dapat berkumpul and bersembang lame-lame ngan mereka..Macam-macam yang kitorang sembangkan..Dari kisah Natrah sehinggalah kisah mereka ketakutan menonton filem Drag Me To The Hell..Dari kisah keputusan muet sampailah kisah sang kancil dengan buaya..Macham-macham!!




Pesananringkas:Malam nie lepak kat Tropic lagi ea..

Monday, July 13, 2009

PD International Triathlon 2009 album..



Semalam gua sampai uniten lebih kurang pukul 2.15..Masa dalam keter, member gua yg masuk triathlon rilex je drive.Gua pulak letih macam nak mati..Last2 gua blackout sepanjang perjalanan balik..
Okela, entry kali ini ada sedikit gambar untuk dikongsi..Lu orang tengok2la..X cantik pun..sebab gamba aku tade.. Nasib photographer mmg begitu..Sedih syiall..Sob2..=[


Ni r membe gua..Laju sial die swim..




Brader nie cemburu kat pakcik nie..Sbb kamera dia lawa..

Budak nie innocent wei..Die x tgk betis amoi seblah tu..

Dari jauh tgk cam itik..Dari dekat cepat2 dorang transform jadi homo sapiens.
Lu jgn maen2 bhai..Mamat nie bukan ayam ayam..


Saturday, July 11, 2009

Hari nie gua nak folow membe gua pg PD International Triathlon 2009..

Tade pape gua nak ckp..Sbb ape yg gua nak ckp gua dah tulis kat atas..Tapi, gua akan cuba mendapatkan gambar..Ya, gambar untuk diuploadkan padda entry yg seterusnya..Gua sedar yg blog gua kelihatan pasif..Gambar kurang..Ayat merapu banyak..Korang jgn risau ea..Nanti gua tarok gamba banyak-banyak..Sampai korang tanak bukak blog aku dah..Baru padan muke korang..



Pesananringkas:Tengok..Entry nie pon tade gamba..Gua harap korang bole besabar..Sabar kan satu perdua daripada iman..

Friday, July 10, 2009

Entry masuk degree..

Seminggu berada di alam degree..Gua dah terasa cabarannya.. Ape-ape pun, gua tetap berpegang pada prinsip nie..Jgn pernah sesekali menyerah.. Baru kau orang boleh survive..
Lagi satu, lecturer gua cakap..Nak huha huha boleh..Tp mesti datang kelas and salin note.. Oke, gua akan amalkan secepat mungkin..
Okela..Gua nak smbng tidur..Bes rupenye tidur kat cendi nie..Adios..




Pesananringkas:Betul la kate orang..Kawan datang dan pergi..Sedih siot..=[

Saturday, June 20, 2009

Entry cuti sem.

Maaf semua.Baru aku perasan yang aku tak update blog sejak lapan blas hari yang lalu.. Lepas habis exam,terus aku sasau..Cepat cepat kemas beg nak balik ipoh..Barang plak banyak macam anak dara nak pindah rumah..

Exam habis jumaat, satu malam aku tak tidur layan citer korea sambil main pes..Kepala dah pening pikir camner nak angkut barang yang banyak giler..Last2, pukul 6 pagi tu aku discuss jap ngan ayah sebab nak pakai keter..Lepas request aku diterima,pagi pagi sabtu aku dah cabut balik ipoh..Malam sampai balik bangi..Sian kat fik..Sikit lagi nak mati sebab bosan..Aku ajak dia g tengok jangan pandang belakang congkak kat alamanda malam tu..Adik aku pun ader skali..
Balik2 aku tros tidur sebab pagi ahad tu kene drive balik ipoh.. Fik kene stay sebab dia saje2 nak rase duduk rumah sorang-sorang..Nak test keberanian agaknye..Lepastu aku tros bercuti sampai skarang..

Even 1st week aku lebih banyak berada dirumah..Aku rasa selesa..Lagipon kat ipoh takde jerebu macam kat kolumpo..Jantung pun rase sihat..H1N1 pon takde..Lagipun aku dah decide minggu depan aku nak ke Jeju Island Korea..Lepas tu singgah Alaska kejap..Kalau ader mase lebih sehari dua mungkin aku tengok Transformers kat Hokkaido..Itupun kalau kat dalam akaun bank aku ader setengah juta.. Kalau takder, jangan mimpi..Haha


Pesananringkas:Chill..xD

Wednesday, June 3, 2009

Header baru..

Header baru..Maaf, exam semakin dekat..Tiada masa nak updated blog..Harap-harap persatuan blogger-blogger sedunia tak singkirkan aku dalam pencalonan ahli jawatan kuasa blogger cawangan ipoh..

Sunday, May 31, 2009

Skandal telefon tangan saya..


Selamat tinggal Nokia 2630
Maafkan aku..
Kau kan dah rosak..



Sayang Nokia 5610 XpressMusic.
Harap kau dapat bertahan lama ngan aku..xD





Pesananringkas:Masih rindukan Nokia 3250 XpressMusic yang dah lame tinggalkan aku.. T_T





Thursday, May 28, 2009

Penangan akademi fantasia..

Petang semalam aku lepak kat cafe coit.."Petang-petang macam nie makan pau pun sedap jugak.." ujar  haikal.   "Apesal pulak? Makan waffle la..Baru sedap.." fikri pula menyampuk.. "Haa, gaduhla..Nanti makan kaki aku baru kau tahu.." aku pula yang berkata..Tapi aku tahu mereka tidak mendengar..Sebab aku cakap dalam hati..

Sampai sahaja di cafe,aku mencari tempat duduk yang paling baek punya..Bukan ayam-ayam punya tempat duduk...Meja siap berkilat-kilat lagi..Boleh jadi cermin..Memang bersih berbanding tempat duduk yang lain..Pernah sekali tu, aku lihat atas meja pun ayam boleh bertelur lagi..Ular punya kulit pun bersepah-sepah.Sawang-sawang usah cerita..Merata..Dia punya spider besar macam tarantula!!


Kemudian aku lepak la kat situ sambil memerhati gelagat-gelagat manusia membeli makanan..Lepak punya lepak..Tiba-tiba aku terdengar seseorang menyanyi,  "Masih Jelas~~"
Dia punya piching da lari ke angkasa lepas..
Kenapa jauh?? Mungkin laut jaraknya dekat sangat kot..


Aku pandang depan, tokei cafe yang nyanyi..Budak uniten kenal rupa paras tokei nie..Pergh dia punya "tarik" lain macam.. Umur lagi tua dari ayah aku ada hati nak nyanyi..

* * *

Lepas dengar dia nyanyi..Balik tu aku terus demam..



Pesananringkas-Wahai tokei cafe..Aku da naikkan nama kau dalam blog..Lepas nie bagi diskaun 50 persen yea..

Pengalaman ngeri saya malam tadi..

Aku mula-mula memang tak nak nyanyi lagu nie..Paksa la macam mana pun..Aku takkan nyanyi.. Tak rock langsung..Lagu budak-budak umur 8 tahun ke bawah..Umur budak-budak baru nak sunat..Tapi bila aku dengar kaki-kaki bola yang sebaya dengan bapak aku nyanyi lagu nie kat kedai mapley semalam..Aku terkesima, tak tentu arah..Apatah lagi masa tu Manchester dah "kena" dua gol..Akhirnya aku akur.. 

* * *

Apa yang penting??
Kerjasama!!!


Pesanan-aku-kepada-ronaldo=Ronaldo, ubah sikap kau..

Wednesday, May 27, 2009

Bila desktop buat hal..

Malam tadi, aku tengah mendengar lagu Wondergirls-Nobody..Sambil dengar, aku nyanyi lagu penjajah jepun tue sambil ikut rentak muziknya yang mengasyikkan..Namun dalam masa yang sama, aku sedang online myspeces,bukumuka,blog dan lain2 lagi menggunakan internet browser yang terbaru iaitu go0gle chrome..Entah dimana dia chromekan go0gle tu, aku tak berapa nak pasti..Tiba-tiba, desktop aku sangkut-sangkut atau dalam bahasa londonnye "hang".. Sampai kene restart balik pulak tu.. 

"Haih, rosak lagi..Time nak hantar repair aritue sihat walafiat pulak.."Getus aku dalam hati..
Aku pun rileks la, try restart balik..Restart restart tak mau.. Aku masih sabar..Mungkin sistem bionik dalam unit pemprosesan utama mengalami masalah..Aku pun try lagi.. "Ahh, boleh pun.." Aku senyum girang..Sikit lagi nak sampai telinga..Tapi aku cover..Tak mahu orang lain nampak.Nanti dikatanya aku gila..


* * *



Tak sampai seminit komputer hidup, dia buat hal lagi.."Sial.."Aku dah marah2..Aku cepat panas kalau berada dalam situasi mencemaskan sebegini..Rase bengang..Aku dah bukak tingkap rumah aku yang kat tingkat empat tu seluas mungkin..Lebih luas dari luas permukaan desktop aku bila didarab dua..Masa tu, aku dapat rasakan yang aku dah hilang sabar..Kemudian...


* * *
Cerita ini tidak akan disambung..

Kalau korang jadi aku, apakah kesudahan cerita ini?

Monday, May 25, 2009

Telefon tangan..

Aku kalau tak makan sehari pun tahan..Tak on9 beberapa hari pun tak gentar.. Kene jadi peserta macam dalam citer Battle Royale pon tak goyang..Siap boleh gelak-gelak  lagi..Tapi bila hp aku punya skrin rusak..Dah gelap gelita..Aku dah rasa lain macam..Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah tipula..Mandi tetap basah..Bila ada sms masuk, memang rase besalah gile.. Rase besalah tu  mcm makan time bulan puasa la..Dulu aku ingat hp aku paling kebal..Rupe-rupenye, ilmu kebal dia dah tak macam dulu lagi..Dah makin berkurang..Mungkin aku salu baling-baling kot..Terpaksa la cari phone baru..Sayang btol kat phone lame..Adik aku yang kasi plak tu..Adess..




Pesananringkas:Agak-agak, ade tak phone harga 30-40 hengget??

Saturday, May 23, 2009

Nostalgia

Time aku selak-selak gamba..Aku jumpa gamba ni.. 
Cool kan mamat nie..
Kau kenal tak sape yang tengah drive ride motor nie??
Ape?! Korang tak kenal?? Meh sini aku gitau..Name dia Aim, dia jatuh ngan aku aritu..Skarang dia dah allergik naik motor ngan aku..Huhu..

Skill power..

Orang jabatan makanan cakap kalau tak nak  sembelit kene banyak makan buah-buahan..



Bukti


Sekarang baru aku boleh percaya dengan apa yang diorang cakap.. 

Thursday, May 21, 2009

Minggu yang singkat,pendek,kejap,cepat dan tak lama..

Aku rasa baru semalam ayah aku hantar aku ke uniten..
Rasa macam minggu nie cepat sangat masa berlalu..
Tak macam minggu-minggu lain..
Haikal ngan Irwan dah cabut balik rumah..
Bestkan kalau rumah dekat..Aku pun teringin balik tiap-tiap minggu..
Tapi rumah aku jauh..Kalau ayah aku belikan aku kapal selam  terbang takpela..Cepat sikit sampai..
Tiap weekend boleh balik..Boleh buli adik-adik..Makan sedap-sedap..Tengok astro..( channel 551& 812 faveret..) Jalan sorang-sorang kat Tesco..Pergi pasar malam..Pergi Gerbang Malam..Jadi pencegah maksiat kat padang polo..(Sebab malam-malam banyak pondan kat situ..)Reunion..Tolong mak memasak..Berkelah..Ahh, macam-macam lagila..Malas nak tules..Baik aku g jalan-jalan Putrajaya..Boleh tengok-tengok pokok..Dah lama aku tak jumpa pokok..Okela wei..Bgolling off..Eh, silap.. Blogging off..Out..

Tuesday, May 19, 2009

Kotak-Masih Cinta

Lagu kegemaran aku pada saat ini..
Kotak-Masih Cinta

Tik tik tik Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta


Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

uuu…
uuu…
uuu…


Pesananringkas:Perhatian,sahabat aku si Bedul telah mengalami sejenis penyakit yang tidak dapat dikenal pasti pada bahagian situ dan situ dia..Semoga beliau cepat sembuh..Harap-harap bukan H1N1..xD

Entry ke seratus dan kisah disebaliknya..

Hari ini pagi2 lagi aku dah bangun..Tiada kedengaran foreigner terpekik terlolong di amanah..Mungkin letih barangkali..Mereka manusai jugak.Maaf, manusia..





Pesananringkas:Salam takziah dari aku buat Aim dan Fik..Semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-fatihah..

Thursday, May 14, 2009

Memohon Mc..

Maaf, ehsan masih lagi sakit..Luka eksiden kering pun belum..Masih lagi lembap-lembap basah..Jadi dia mintak sambung mc..Nak rehat cukup2 dia kata..Korang doakan je la dia cepat sembuh..Oh, oke..Aku nak pergi suapkan ubat untuk dia kejap..Biasala, time sakit memang dia  mengada-ngada sikit..Kalau tak memang aku dah sumbat mulut dia dengan tangan aku..  Papehal, kau orang tinggalkan pesanan korang kat sini ajer..Adioss..

Sunday, May 10, 2009

Kamu ingat tak??

Kamu ingat tak sape yang ajar kamu kayuh basikal?? Emak aku yang ajar aku kayuh basikal..Mase tu bnyk kali jatuh..Tapi die suruh aku kuatkan semangat..Last-last, berjaye gak kayuh basikal dengan lincah..Dah boleh buat willie,wekang dan drift.Kirenye aku test jpj kayuh basikal dengan mak aku la..
Kamu ingat tak mase kamu kecik-kecik dulu emak kamu selalu sikatkan rambut kamu sebelum kamu masuk sekolah rendah?? Sebab, mak kamu suke lihat kamu bepakaian kemas..(Kalau ader mane-mane mak suke tgk anaknye selekeh gitau aku)
Kamu ingat tak??Bile tibenye musim persekolahan, emak kamu yg paling sibuk belikan baju kamu,seluar kamu, beg sekolah swan, buku ABC, pensel mekanikal shaker pilot, pembaris panjang, pensil kaler staedler 24 batang, kasut bata dan lain-lain..
Kamu ingat tak bile kamu mule-mule masuk sekolah berasrama, mak kamu menangis sebab tak sampai hati tinggalkan kamu..Sebab dia tak nak rumah jadi sunyi dengan tiadanya kamu di rumah..Lagipun umur kamu mase tu tak cukup 13 tahun...Kecik lagi, baru nak start mimpi.. 
Kamu ingat tak, bila dah dua minggu kamu tinggal di asrama..Kamu beria-ria suruh emak kamu datang sebab dah rindu sangat..Tapi emak kamu x datang bukan sebab jauh..Tapi sebab nak mengajar kamu erti berdikari..
Kamu ingat tak bile kamu dapat result pmr dan spm kamu..Result kamu tu cukup-cukup makan je, tapi bile kamu telepon mak kamu mase tu..Die rilek je, sentiasa bagi semangat.Even kamu mase tu da keciwa tahap kritikal sebab sebelum exam haritue kat kelas kamu banyak main dan asyik tidur di masjid bile tibenye prep.. 
Kamu ingat tak emak kamu yang pujuk ayah kamu belikan motor sebab mase tu kau dah ader lesen dan kau pun dah habis sekolah..Memudahkan kamu untuk pergi kemane-mane katenye..Tak perlu naik public transport..
Kamu ingat tak mase kamu drive kereta, kenapa mak kamu selalu membebel bile kamu bawak kereta macam orang suruhan Braga dalam citer fast & furious 4..Sebab die nak kamu selamat sepanjang perjalanan kamu..
Kamu ingat tak, bile kamu kadang-kadang melawan kata emak kamu..Ingin memberontak kononnya, even kadang-kadang semua itu berakhir dengan penyesalan..Pastinya mak kamu tak kisah dan sentiasa maafkan kamu..Dia tahu, semua orang pernah buat silap..Termasuk anaknya sendiri..Dia sentiasa bagi kamu nasihat..
Dia tak harapkan apa-apa dari kamu..Cuma dia nak kamu jadi orang,bukannya sampah masyarakat..


Pesananringkas:Kepada ibuku, selamat hari ibu..




Friday, May 8, 2009

Merah Puteh

Antara drama kegemaran aku..
Tiap petang klu xde klas mesti tgk..
Klu petang tadapat tgk..
Pukul 8.35p.m mesti da tepacak dpn tv tgk siaran ulangan kat tv9..
Original Sound Track die best jugak..
Dengar sambil makan kuaci memang layan..
Yang sedihnya Isnin depan last episode..
Apa-apapun, lagu ini mmg best..
Anggun-Bau

Meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti

langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan

aku
bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
kerana semuanya berlalu manghilang
dan tak akan kembali

ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup
namun semuanya berubah di saat engkau hadir..

kau yang anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku
yang telah mati dan
kau sinarku

cahaya yang terang
untuk perjalanan yang lurus di

dunia sementara
mengejar masa itu pasti
buat aku
dan bersyukurku akannya.


Pesananringkas:Anggun cantik kan??

Thursday, May 7, 2009

Award kunin hijau..


Thanks Mia..
Thanks Ferry..
Thanks Peep..
Thanks Amin..
Korang sumer memang best..
Mungkin lagi best dari mitos burung stoik dan cacing epikurian..^_^

Pesananringkas:Maaf, entry kali ini tiada pesananringkas.

Petang tadi..

Petang tadi, angin bertiup lembut..Terlalu lembut..Boleh dikatakan lebih lembut dari kapas..Tetapi angin bukan kapas..Awan pula mendung..Seperti mahu hujan..Tetapi sebenarnya tidak..Begitu mengasyikkan dan terlalu mengasyikkan.. Sebelum itu, maaf diucapkan..Entry kali ini tiada motif..







Pesananringkas:Inikah perasaan bila tamatnya kelas akaun??

Berkenaan liga juara-juara..

Wahaa, even entry ini lambat ditules.Aku mmg nak ckp yg manchester bukan calang-calang team.. Berjaya kalahkan arsenal dengan agregat 4-1..Kire hebat la tu.. Tahniah buat manchester.. Kita jumpa di Rome la nanti..


Bercerita tentang bola..Aku bukanlah fanatik sangat..Tetapi, sekurang-kurangnya aku sudah ada kelab kegemaranku sendiri..Aku suke je bace blog org yg bercakap tentang bola..Tak kesah la blogger tu sokong team maner..Siap kutuk2 pasukan kegemaran aku lg..Huu..Aku ta kesah.. Sbb inilah dunia bola sepak..Chill suda..Bola itu bulat kan. 

Btw, ader satu blog nie yang buat aku tetarek membacanya..Beliau bukanlah penyokong MU.. Tapi aku suke je bace blog die..Die ader bnyk fakta..Even kadang-kadang fakta itu agak ridiculous..Aku ta kesah..Sbb bg aku, menulis blog tidak perlu terlalu serius.. Kalau korang rajen..Korang klik sini.. Btw, aku silent reader blog dia..


Pesananringkas: Perlawanan malam ini antara chelsea dan barcelona saingannya kelihatan agak seimbang..Tetapi pasukan barcelona kehilangan dua pemain pertahanan utama..Mampukah barcelona membuat kejutan?? Kita tunggu dan lihat..Zasss..

Wednesday, May 6, 2009

Cut!!!


Agak-agak kalau aku jadi direktor filem..Pierre Andre bole cari makan tak??
Sekarang aku tgh cari idea nak buat filem pendek..Pelakon da ader..Pelakon utama ialah haikal dan aim pentol.. Siapa-siapa mahu jadi pelakon tambahan.Bolehlah kontek aku disini..


Pesananringkas:Pertama-tama, aku perlukan penaja..Terutama kostum pelakon dan makanan.Ader sape-sape mahu taja?? 

Monday, May 4, 2009

Bosan2..

Haih, dah lame gile aku tak update blog..Bukan ape,aku sgt sibuk sekarang.. Even, ak tak sibuk. Aku sengaje sibuksibukkan diri..Sanggup aku g tolong sapu sampah depan rumah jiran semate-mate mahu sibuk.Tp aku bukan busybody..Korang janganla risau..


Sebenarnya, macam-macam aku nak kongsi ngan korang sepanjang aku x update blog.. Tapi tu la.. Aku sibuk..Kan dah ckp td.Tanakla ulang banyak-banyak kali..Macam ape ntah cakap ulang-ulang..Ingat aku Karam Singh Walia ape..Em, aku sebenarnye na cerita..Sepanjang aku x update blog..Macam2 tejadi kat diri aku..Bermula dengan kisah pengembaraan aku ke Melaka,ekspedisi ke Genting Highland,jadi photographer di trek usj,hampir disamun, kene kejar kannibal kat uganda dan berenang dengan seekor duyung di sunway lagoon..Sila abaikan dua peristiwa terakhir ya..


Seperkara lagi, final exam sudah semakin hampir..Tinggal sebulan lebih saja..Jenuh aku nak memahami physics chapter 8&9..Elektron,neutron,zitron,citroen,proton n perodua or watever..Aku x pahamla wei..Ajar slow2 la..Ingt sejam boleh habis satu chapter ke ape.. 
Dinosor betul..



Pesananrigkas:Kepada semua candidate Muet minggu nie..Do your best..Turn aku next week..xD

Monday, April 20, 2009

Hepi sekali lagi..

Thanks aim coz bawak kamera slr..
Gua hepi bai..
Hari2 boleh pegang slr..
Boleh snap2 pic..
Pastu lupe, ari rabu ader test cmpf..Ari jumaat ader kuiz 3 physic..Ari sabtu ader MUET.. Next week midterm math n oral MUET..Adoyai,stress gua bulan nie..



Pesananringkas:Ehsansniper, tolong study..Plss,demi aku..Pemilik blog ini..^^,

Thursday, April 16, 2009

Inilah yg dinamakan seronok..

Aku bangun lewat hari ini..Semua gara2 liga juara-juara..
Tapi tak mengapa, aku sgt hepi malam tadi..
Thanks Peapah coz bg pinjam kereta..
Thanks Naz coz bwk aku g jalan2..
Thanks Mia coz ajar aku akaun..
Nanti klu x phm, ajar aku lg tau..
Em, oke..Aku mahu buat akaun n maths dulu..
Arinie kelas start jam 12.00..
Oh,lupa..Manchester mng..Aku lg hepi..xP

Monday, April 13, 2009

Crows Zero 2


Korang pernah tgk muvie ini x?? Aku rase, sape2 yg da tgk mesti tahu cerita nie cmner..Best gile wei, skill belawan die da tahap godlike da..Sedar x sedar, da kua crows zero 2..Tasaba aku nak download cerita nie..Alahai, masalahnye muvie nie br kua kat jepon 2 ari lepas.. Kene la tnggu lame sikit.. Nak tnggu kua english subtitle lg..Lg la lame.. Haih. =.='

Geng Serizawa..Orangnye kecik jer..Tapi kuat macam sial..
Crows Zero 2 punye trailer..Lawan geng botak plak dah..
Lawan ngan Rinda-man dalam crows zero 2..Tatau sape mng.. Saspen gile..
Part paling lawak dalam crows zero.. Serizawa kepala da berdarah baru nak pakai helmet..Bodo..
Geng genji..Stylo gile..Hati kering beb..Tapi touching gak ngan pompuan..Haha..




Pesananringkas:Ader saper2 nak ajak aku g jepon semate-mate nak tgk citer nie x?? Klu ader suport tambang aku meh.. Jgn risau, passport aku da ader..Lg 1, popcorn aku yg belanje..Haha..

Sunday, April 5, 2009

Taaaagggg..


1. Bekas kekasih saya adalah :
- Seorang manusia..
2. Saya sedang mendengar :
- Bunyi-bunyian..
3. Mungkin saya patut :
-Kurangkan maen dan menjadi lebih serius.. 
4. Saya suka :
-Dia..
5. Sahabat-sahabat baik saya :
-Yang merasakan aku nie sahabat baik dia..
6. Saya tak paham :
-Physic..Sama mcm amin..Aku ingt aku sorang je ader masalah problem..
7. Saya kehilangan :
-Laptop beberapa bulan lalu..
8. Ramai yang berkata :
-Saya pemalu..Betul ke?
9. Makna nama saya :
-Kebaikan, kemurahan hati dan kebajikan..Tetapi sudah lumrah perkataan ehsan selalu dikaitkan dengan sukarela n belas kasihan..
10. Cinta itu adalah :
-Sesuatu yg membabitkan perasaan..Agaknye la..
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
-Berada di sesuatu tempat itu..
12. Saya akan cuba :
-Untuk berubah..
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : 
- Sesuatu jangka masa yang begitu lama, namun ianya 
bergantung kepada tempoh hidup seseorang..
14. Telefon bimbit saya : 
-Boleh dibaling-baling dan kamera vga die setanding kamera dslr..
15. Bila saya terjaga dari tidur :
-Aku cari handset aku..
16. Saya paling meluat apabila : 
-Disuruh meluat..
17. Pesta/Parti adalah : 
-Tidak sama dengan kenduri doa selamat..
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : 
-Banyak..Tak ape..Aku da upload pic.Korang tgk la siniri..









19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : 
-16-26..Darah muda wei..
20. Hari ini :
-Hari ahad..
21. Malam ini saya akan :
-Mengadakan perlawanan persahabatan dengan Irwan didalam PES..
22. Esok pula saya akan : 
-Mencari ilmu sebanyak mungkin..
23. Saya betul-betul inginkan : 
-Seseorang yg dapat membantu aku didalam subjek physic..
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
-Aku ternampak muka aku sendiri..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : 
-Atau.. Eh, shopping mall la..
26. Makanan Barat atau Jepun : 
-Western,but still suke sushi..Aku x suke wasabi.. Plek gile rase..
27. Bilik yang terang atau gelap : 
-Terang, sebab aku rabun..
28. Makanan segera adalah :
-Sejenis makanan yg tidak memakan banyak masa untuk disiapkan..
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
-Aku banyak cakap..Dah x ingt..Maaf..
Bloggers untuk ditag seterusnya :
-Sesiapa yang teringin nak jawab..Amekla..Aku bagi jer..
 
Copyright © It's not a 9gag. Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur